CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Us... Together... ♥♥♥♥

Wednesday, October 20, 2010

Cemburu kebahagian orang lain...

Assalammualaikum...

Apa tandanya jika kita cemburu melihat kebahagian orang lain? Adakah itu membayangkan bahawa jiwa kita sakit kerana membiarkan perasaan itu berlegar di dalam diri? Ya... benar. Jiwa kita sedang sakit jika kita cemburu akan kebahagiaan orang lain dan ini disebut hasad... cemburu yang melampaui batas!

Perasaan ini jika tidak dibendung boleh membawa kepada kerosakan sebagaimana api yang membakar kayu yang kering. Kenapa biarkan hati dibelenggu begini sedangkan anda sendiri boleh mencari kebahagian itu. Jadikan kebahagian orang lain yang berpasangan sebagai inspirasi agar kita juga mampu menikmati kenikmatan yang sama.

Firman Allah bermaksud:

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga)".
Surah Ali-Imran : 14.

Credit to Majalah Nur...

0 Growing Lavender:

My Popular Posts

My Shopping List

Followers

My Blogger Award Collection