CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Us... Together... ♥♥♥♥

Friday, April 22, 2011

Blogger Hanya Untuk Pengguna Akaun Google...

Assalamualaikum...

Masa buka fb tadi ternampak satu update dari iluvislam.com... ada kena mengena dengan blog juga la... sya sharekan artikel tu ya...

Mungkin semua sedia maklum yang mana blogger merupakan antara perkhidmatan pertama yang di beli oleh Google, dan sehingga kini ianya masih membolehkan para pengguna log masuk menggunakan akaun Blogger lama...

Namun, ianya tidak lama lagi, memandangkan kini Google telah pun mengumumkan penghentian sokongan untuk akaun Blogger lama...

Setelah hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma, Blogger, kini Google mengumumkan yang mana  mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google...

Perkara ini akan di laksanakan pada 25 Jun kelak, memberikan para pengguna yang masih belum beralih ke akaun Google sedikit masa untuk beralih...

Menurut Google, bagi pengguna yang tidak menggubahnya kepada akaun Google selepas 25 Jun kelak, mereka akan memadamkan akaun tersebut, bersama-sama blog-blog yang didaftarkan pada akaun tersebut...

Para pengguna yang belum memindahkan akaun mereka ke akaun Google, boleh melakukannya dengan mudah di halaman pertukaran khas di Blogger...

Nampaknya kini Google memberikan penekanan yang serius untuk mendaftar masuk ke perkhidmatan mereka menggunakan akaun Google...

Sebelum ini, Youtube juga telah mengeluarkan amaran yang lebih kurang serupa, meminta para pengguna Youtube untuk menggunakan akaun Google berbanding akaun Youtube seperti sebelumnya...

Errmmm... ok, kalau ikutkan artikel di atas, kita kena tukarkan e-mail untuk blog kita ni ke Gmail... hehehe... sya memang sudah pakai Gmail pun, jadi tidak payah la tukar lagi... 

Mungkin arahan ni ada betulnya juga, sebab yang akaun Youtube tu dulu, memang sya terpaksa tukar akaun login sya dari Yahoo ke Gmail, kalau tidak sya terpaksa buat akaun Youtube yang baru... Huhuhu... pandai Google ni cari untung kan?...

Jadi kepada sepa-sepa yang belum tukar login e-mail Blogger tu ke Gmail, buat la cepat-cepat... nanti nda pasal-pasal hilang blog... sayangkan kalau hilang, habis semua story-mory kita dalam blog tu lesap... terpaksa la buat blog baru lagi...

Selamat meng-create e-mail baru (Gmail) ya... :D
Logo Gmail

Daaa!!!

p/s: pernah dengar ura-ura dulu, kununnya mau hapuskan fb bulan Mac ari tu... tapi sampai sekarang masih wujud lagi... buat suspen sja kan?...  

0 Growing Lavender:

My Popular Posts

My Shopping List

Followers

My Blogger Award Collection