CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Us... Together... ♥♥♥♥

Sunday, October 10, 2010

Packing for baby...

Assalamualaikum...

Hari ni sya agak busy dengan parcel-parcel shawl untuk dipos esok... sedang sibuk-sibuk tu terasa sesak nafas... sakit pula dada ni... jadi sya rehat la sekejap hilangkan penat tu...

Time tengah rehat tu, baby dalam tummy sangat aktif menendang mummy... bila abg danish nya pegang tummy mummy pun ditendangnya juga, sampai abg danish hilang sabar, perut mummy dia pukul sebab mau membalas tendangan baby di dalam... hehehe...

Bila malar ditendang, baru sya ingat homework yang kaka nurse bagi sya ari tu... mengira tendangan baby dalam sehari... astaga... boleh-boleh sya lupa buat... hehehe... nda apa, sebelum appointment 13hb ni sya buat la tu... sory kak nurse, menipu plak sya nih!!...

Berbalik pada tajuk... sdh lama sya mau packing baju-baju baby ni, tapi selalu tidak ingat... hari ni sya curi masa sikit untuk packing baju baby dan juga baju sya sendiri untuk persediaan bila cek in d hospital nanti... hehehe... kaka nurse pun balik-balik sudah tanya sya bila sya pegi klinik... 'fify, sdh standby baju baby untuk di bawa ke hospital?'... dengan selamba si fify ni pun menjawab 'awal sdh sya standby kak' (tipu lagi... ya sya tau, banyak sdh dosa sya sama kaka nurse nih... hahaha)...

Minggu lalu baru sya jalan untuk cari baju baby (new born)... tapi yang mengejutkan sya, baju untuk new born baby langsung teda nih... even di parkson pun teda... 4 kedai sya pegi, baju yg paling kecil pun untuk baby 3 bulan ke atas... susah betul mau cari baju baby di Labuan nih... kalau tau time raya di kk ari tu sya borong berabis di sana...

Masuk ke kedai yang ke 5 baru sya jumpa baju baby yg untuk new born, tapi itu pun tinggal 2 pasang saja... aduuiii!!!... beli la sja, daripada teda baju langsung untuk di bawa ke hospital nanti kan... balik saja dari baby shopping trus sya call honey di KL, minta belikan baju baby di sana, sebelum hujung bulan ni minta pos ke Labuan... my lil sister di KL tu pun jadi mangsa sya juga... hehehe...

Sebahagian barang-barang baby untuk di packing... 
Semua sudah ready di dalam bag... tinggal angkat jak nanti bila sudah sampai masa... (cute kan tu bag?... pilihan my honey)
Ok.. sekarang sya mo sambung balik kerja-kerja parcel shawl sya... owh ya... hari ni kandungan sya sudah 36 minggu... means 9 bulan la sdh tu kan?... hehehe... maybe esok adalah hari last sya drive sendiri menghantar parcel-parcel ni ke pejabat pos... lepas ni my sis la yang akan gantikan sya berbisnes... honey pun hari-hari sudah membebel suruh berehat jak di rumah...

Daaa!!!

Hebatnya Seorang Ibu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Assalamualaikum...

Sedang asyik ber'fb'... sya terbaca artikel ni di wall fb sya... sya share artikel ni untuk kita baca bersama ya...

'Ibu' adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak.

Air mata, kelembutan, kasih sayang dan teman di masa susah atau senang adalah sebuah nukilan khas yang boleh saya dedikasikan buat ibu saya. Malah hemat saya juga tersemat utuh menyatakan semua ibu di dunia ini punya rasa yang sama. Naluri keibuan ini adalah sunnatullah yang tercipta bermula daripada Hawa AS. Jadi semestinya semua ibu, bakal ibu malah semua wanita mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan. Semestinya benar, bukankah begitu?

Dulu, Kisah sebuah memori


Masih tersemat utuh dalam ingatan saya betapa ibu saya cukup mudah mengalirkan air mata. Semasa saya atau adik saya dirotan ayah, ibulah selalunya akan membela dengan aliran air mata. Semasa kakak saya yang sulung melangkahkan kaki meninggalkan rumah mengikut suami selepas majlis akad dilangsungkan, ibu saya menghantar pemergiannya dengan linangan air mata. Masa itu saya cukup pelik kenapa ibu saya menangis sedangkan kakak saya pergi secara terhormat mengikut suami. Masa itu saya buntu tidak berjawapan.

Suri rumah sepenuh masa menjadikan anak-anak amat rapat dengan ibu. Masih terbayang di minda saya hingga kini betapa kalutnya ibu saya setiap pagi menyediakan sarapan sebelum saya dan adik-adik ke sekolah. Sememangnya saya antara anak yang cukup susah untuk makan pagi sekalipun dengan hanya minum teh dan apa yang pasti ibu saya akan membawa minuman hingga ke pintu luar dan akan pastikan saya mengambil sarapan walaupun dengan hanya seteguk air.

Masih terngiang kata-kata ibu bila saya mula berdegil tidak mahu bersarapan, "Minum lah sikit baru cergas dalam kelas" atau kadang-kadang ibu juga mengugut jika saya tetap berdegail, "Tak baik tu, minum sikit nanti tak berkat belajar". Mungkin kerana takut dengan ugutan, saya selalunya akan memaksa diri minum juga walau seteguk.

Tabiat saya yang jarang bersarapan melekat hingga kini kerana tiada siapa lagi yang boleh memaksa saya bersarapan. Tapi yang agak melucukan apabila ibu saya selalu berpesan dicorong-corong telefon setiap kali saya saya menelefon rumah atau melalui SMS dengan 3 perkara; kerapkan mandi, ambil sarapan dan banyakkan minum air. Tapi biasalah saya memang degil...
Kisah ibu saya yang murah air mata terhadap anak-anak saya panjangkan dengan kisah kakak sulung saya. Ketika abang ipar saya menyambung pengajian di UKM sejurus sahaja lahir anak sulung menjadikan hidup mereka sekeluarga agak susah. Hidup di Kuala Lumpur menjadikan kesempitan mereka kian parah. Berbekalkan gaji sebagai kerani sekolah kakak saya yang tidak sampai ke angka 1000 dan separuh gaji suami lantaran bercuti menyambung pengajian sepenuh masa sebagai guru menjadikan hidup mereka kian terhimpit.
Hidup menyewa di rumah setinggan yang rata-rata didiami warga Indonesia menjadikan hati saya pilu dan kadang-kadang mata saya juga berkaca. Pernah saya berseloroh pada kakak saya untuk membawa pulang Along (anak sulung kakak saya) ke kampung bila lahirnya anak yang kedua. Reaksi yang saya terima hanyalah linangan air mata tanpa kata. Kakak saya menangis bila ada sahaja cadangan mahu memisahkan dia daripada anak-anak. Tekadnya biarlah susah macam mana sekalipun asalkan anak-anak tetap bersama.
Niat saya semasa memberikakan cadangan untuk membawa pulang anak sulung kakak saya ke kampung dan dipelihara ibu saya lahir daripada rasa kesian yang amat sangat dengan kesempitan yang dialami. Mudah-mudahan kesusahan tersebut dapat dikurangkan.
Pernah suatu ketika semasa melahirkan anak kedua, semasa dalam pantang 40 hari kakak saya ke klinik dengan menaiki bas bersama 2 anak. Anak sulung berumur setahun setengah dipimpin dan anak ke dua yang baru berumur sebulan didukung dengan menaiki bas untuk ke klinik dalam kesesakan kota. Hati mana yang tidak sedih bila mendengar khabar susah kakak sebegitu. Tidak mampu saya bayangkan betapa susahnya hidup mereka anak-beranak.
Namun semuanya diceritakan selepas abang ipar saya tamat pengajian dan sekarang sudahpun menjadi pensyarah di Universiti Malaya dan sedang menyiapkan tesis PhD dalam bidang Psikologi Dan Pendidikan Khas Kanak-Kanak Istimewa. Sesungguhnya perlu saya iyakan, disebalik kehebatan seorang lelaki rupanya ada jasa insan tabah yang bernama isteri.
Kini, Kisah Sebuah Realiti
Pandangan saya bahawa ibu saya hanya mampu menangis bila berpisah dengan anak-anak rupanya meleset. Dalam Majlis Konvokesyen apabila saya naik ke pentas untuk berucap mewakili pelajar ibu saya langsung tidak menangis. Semasa di lapangan terbang ketika menghantar saya ke Mesir, ibu saya juga tidak menangis. Masih saya ingat senyuman dan pelukkan terakhir tersebut langsung tidak menunjukkan reaksi sedih malah ibu saya nampak tenang dan gembira. Apa yang terbaliknya saya pula yang sebak dan mata saya sedikit berkaca sebagaimana ayah saya juga.
Lama saya berfikir kenapa ibu saya mula bertegas dan tidak menangis ketika menghantar saya di Airport. Seminggu selepas itu saya menelefon ibu saya dan saya straight bertanya kenapa demikian jadinya. Ibu saya bercerita bahawa 3 tahun beliau bersedia dengan perpisahan ini sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke KIAS, Nilam puri dan bertegas untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Katanya lagi, kini tiada apa lagi yang mahu disedihkan kerana hasratnya untuk melihat saya menjadi seorang berilmu kian hampir.
Ibu saya tidak menaruh harapan yang terlampau tinggi terhadap saya dan adik-beradik lelaki yang lain. Katanya beliau sudah puas hati sekiranya anak-anak berilmu, mampu menjadi imam di masjid dan mampu berkongsi ilmu dengan orang kampung. Pada saya tanggungjawab itu susah dan harapan itu tinggi.

Friday, October 8, 2010

Jangan biarkan hatimu dihancurkan oleh tanganmu sendiri...

Bagaimana kita boleh menghancurkan diri sendiri?... segala-galanya menerusi hati!...

Jangan resah dan gelisah
- Usah selalu mengeluh dengan keadaan kerana ramai lagi yang lebih malang berbanding kita.

Jangan sedih dan berasa derita
- Hapuskan perasaan ini dengan beristighfar, berdoa dan mohonlah pertolongan daripada-Nya.

Jangan lemah dan malas
- Aktifkan diri dengan ibadat, berzikir, mencari ilmu., berkerja dan beriadah.

Jangan banyak berhutang
- Nafsu jika dituruti, kita tidak akan puas. Akibatnya hidup tidak akan tenteram jika terlalu mengejar harta, pangkat dan duniawi.

Jangan kedekut dan pengecut.
- Rezeki yang Allah beri bukan milik peribadi kerana padanya ada hak orang miskin dan anak yatim. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap ibu bapa kerana keredaan Allah juga bergantung kepada keredaan mereka.

Baginda s.a.w mengajar doa untuk selamatkan diri daripada lima perkara di atas:

" Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa resah gelisah, dari sedih dan derita, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan hutang dan tekanan orang".

* Credit to Majalah Nur...

Alhamdullillah... percubaan pertama berjaya...

Assalamualaikum...

Sebelum raya hari tu sya beranikan diri mencuba bisnes tudung online.. honey pun bagi galakan juga walaupun selama ni dia tidak berapa yakin wife dia ni berbisnes... hehehe...

Alhamdullilah... setelah sebulan menjalankan bisnes ni... semuanya berjalan dengan sangat lancar... sambutan amat mengalakkan... banyak permintaan... duit pun beranak sdh dalam bank... honey pun cakap 'pandai bini sya ni cari duit'... 

Sekarang dalam proses untuk order stok baru dan juga restock utk shawl yg banyak permintaan... tapi mungkin kali ni sya agak memperlahankan sales sya memandangkan keadaan sya yg tengah sarat sekarang ni...

Doakan sya slalu ya...

Daaa!!!!

p/s: mau upload gambar, tapi gambar dalam pc... pc masuk virus plak... malas mo transfer gambar tu gi lappy lagi... nnt2 sja sya upload k...

My honey masuk news!!!...

Assalamualaikum...

Hari Selasa yg lalu awal pagi my honey call... dengan lemah longlainya sya jawab juga tu call... belum pun sempat sya kata 'hello', terdengar sdh suara honey dgn excitednya... 'honey pegi beli berita harian hari ni'...

Huh? sya yg masih blur2 lepas bangun tido bertambah lagi blur...

Fify: Honey, yg awal pagi suruh sya turun pegi beli news ni kenapa?... mandi pun blum nih...
Honey: Gambar sya ada dalam news tu... gambar time terima biasiswa ari tu...
Fify: Ya ka?... masuk news juga?... ok, nnt sya pegi beli...
Honey: Ala honey, beli sekarang la...
Fify: Honey... sini labuan, berita harian nya tengahari baru ada... tengahari nnt sya g beli k...
Honey: ok jgn lupa...

Tengahari tu pegi la sya airport (tempat yg paling dekat dgn rumah utk membeli news paper)... honey pun entah berapa kali dah telefon bertanya samaada sya sdh beli atau blum... honey2!!!...

Dengan rasa tidak kesabaran, sya belek news paper tu trus di sana sambil duduk2, mcm org yg sedang tunggu flight sja.. hahaha...

Belek punya belek... ntah berapa kali belek... tiada juga news pasal honey tu... kebetulan honey call lagi...

Fify: Honey... teda pun?...
Honey: eh... honey, terang2 depan mata sya ni news... ada la...
Fify: teda honey... brgkali harian metro honey... cuba double cek...
Honey: nda... berita harian... muka surat 6 d bahagian sentral...
Fify: Sentral?... mna ada bhgn sentral kalau berita harian utk labuan & sabah honey... digantikan dgn bhgn sabah & sarawak....
Honey: iya ka?... alaaaa!!!

Mau tidak mau sya minta la honey mms kan sya berita tu..  kesian honey... awal pagi call suruh sya tengok gambarnya dalam news tapi teda pulak...

Ini la news yg awal pagi di kecohkan oleh honey... hehehe...
Bila tengok mms tu, rasa bersyukur sangat, sebab honey sampai juga ke tahap ini... tahniah honey!!!... Syukur Alhamdullillah... ini la yang selama ni dia tunggu-tunggu... I'm proud of you honey!!!...

Kali ni sya tidak dapat pegi majlis penyerahan biasiswa tu... semoga sya diberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang untuk pegi ke majlis 'graduation' honey bulan March 2011 nanti...

Daaa!!!...

p/s: hari ni honey ada exam lagi... good luck honey... kasi maintain itu good result k...

Sabar... Ikhlas... &... Redha...

Assalamualaikum...

Kata orang harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Kata-kata ini memang benar kerana kisah hidup seseorang akan menjadi cerita generasi akan datang. Untuk itu, ciptalah cerita yang indah-indah hari ini untuk dikenang di kemudian hari.

Jadikan kisah  Nabi Ayub yang menderita kerana penyakit selama berbelas-belas tahun yang tetap sabar dan teguh imannya. Sementara isterinya begitu setia melayaninya, menjaganya dengan penuh kasih sayang seikhlas hati disamping membanting tulang mencari rezeki.

Nabi Ayub berdoa: "Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Maha Pemurah" - (Surah Al-Anbiya:83).

Allah memakbulkan doanya serta merta dengan meminta Nabi Ayub memukul tanah dengan kakinya. Lalu keluar air dari mata air dan Allah meminta Nabi Ayub mandi dan minum air itu. Keajaiban berlaku di mana seluruh penyakitnya hilang.

Inilah hasil daripada sebuah kesabaran, keikhlasan dan keredhaan menerima segala takdir Allah.

"Kadang-kadang manusia menyesal kerana kata-kata yang telah diucapkannya, tetapi ia tidak pernah menyesal kerana diamnya".

** Credit to Majalah Nur...

Saturday, October 2, 2010

35 minggu...

Assalamualaikum...

Sdh beberapa hari sya tidak update blog pasal komputer sya dimasukki virus... mo update blog tdk dpt tapi online fb dapat plak... hehehe... masa ni pun blum baik juga, nasib di rumah ni smua ada lappy, dapat juga sya pinjam sekejap...

Minggu ni sya busy sikit melayan order2 shawl customer... hujung2 minggu ni pulak sya busy dengan parcel2 yg akan dihantar hari isnin ni... baru la sya rasa kesibukkan bekerja setelah hampir 3 tahun menjadi suri rumahtangga sepenuh masa... best juga, dapat juga lupakan masalah yang berserabut di kepala otak sya... hehehe...

Tanpa sedar, dalam kesibukkan sya ni, rupa-rupanya kandungan sya sudah berusia 35 minggu... kira punya kira... ada 34 hari lagi sebelum due sya... hehehe... cepat masa berlalu.. dalam masa sebulan lebih lagi fify dan boy akan menambah generasi lagi, Danish pun akan jadi 'abg'... insyaallah... rasa tidak sabar menunggu kelahiran baby ni... semoga dengan kelahirannya nnt memberi sinar dan rezeki dalam perkahwinan kami (aduiii, lagi trip sensitif!!!!... hahaha..)...

Beberapa hari yg lalu sya pegi klinik utk pemeriksaan kandungan (2 minggu skali)... Alhamdullillah keadaan baby sihat, cuma keadaan ibunya sja yg kurang sihat... penyakit darah tinggi tu datang lagi, tapi tidak la seteruk masa di awal pregnancy dulu... dada pun sentiasa sakit, sesak nafas... mungkin disebabkan stress dan kurang tido... nasihat kak nurse tu banyakkan berehat, kurangkan stress dan mesti cukupkan tido... baiklah kak nurse... hahaha!!!...

Ok la... setakat tu sja la utk entry kali ni... terasa penat btul badan ni lepas membungkus shawl2 tu utk dihantar hari isnin ni... banyak yang mau diceritakan sebenarnya tapi kena tunggu di entry yang akan datang la k... sbb sya perlukan rehat sekarang...

See my tummy?... besarkan?... hehehe...
Daa!!!!....

p/s: Wondering siapa ka gerangan follower sya dari Sarawak... hari-hari follow my blog walaupun tiada entry baru... Thanks, whoever u r!!!....

My Popular Posts

My Shopping List

Followers

My Blogger Award Collection