CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Us... Together... ♥♥♥♥

Tuesday, October 26, 2010

Impossible...

Assalamualaikum...

Lagu ni bila sya dengar terus jadi bersemangat nih... nda tau la kenapa... rusak sdh c fify nih... hahaha...

I remember years ago...
Someone told me I should take caution...
When It come to love
I did... I did...

And you were strong and I was not...
My illusion... my mistake...
I was careless, I forgot...
I did...

And now when all is done...
There is nothing to say...
You have gone and so effortlessly...
You have won...
You can go ahead tell them...

Tell them all I know now...
Shout it from the roof top...
Write it on the sky love...
All we had is gone now...
Tell them I was happy...
And my heart is broken...
All my scars are open...
Tell them what I hoped would be...
Impossible... impossible... impossible... impossible...

Falling out of love is hard...
Falling for betrayal is worst...
Broken trust and broken hearts...
I know... I know...
Thinking all you need is there...
Building faith on love is worst...
Empty promises will wear...
I know... I know...

And know when all is gone...
There is nothing to say...
And if you're done with embarrassing me...
On your own you can go ahead tell them...

Tell them all I know now...
Shout it from the roof top...
Write it on the sky love...
All we had is gone now...
Tell them I was happy...
And my heart is broken...
All my scars are open...
Tell them what I hoped would be...
Impossible... impossible... impossible... impossible...

I remember years ago...
Someone told me I should take caution...
When It come to love
I did... I did...

Tell them all I know now...
Shout it from the roof top...
Write it on the sky love...
All we had is gone now...
Tell them I was happy...
And my heart is broken...
All my scars are open...
Tell them what I hoped would be...
Impossible... impossible... impossible... impossible...


I remember years ago...
Someone told me I should take caution...
When It come to love
I did...

Jangan bimbang... emosi sya masih lagi stabil... lagu ni teda kena mengena dengan kisah sya k... cuma minat dengar jak... hehehe...

Daaa!!!...

p/s: cantik rambut c shontelle nih... bikin gerigitan owh!!!...

Saturday, October 23, 2010

Baby cradle... owh... baby cradle...

Assalamualaikum...

Sdh mau masuk minggu ke 38 (esok) kandungan sya... sya masih lagi kuat utk jalan-jalan & driving-driving... hehehe... cuma cepat penat itu sja la...

Kemarin sya jalan-jalan ke parkson menghilangkan bosan di rumah... jalan dengan my mum, my bro & of coz la my little danish... ingat mau jalan-jalan sja tapi mata dan hati ni tidak dapat tahan, terbeli juga baju-baju untuk baby... kali ni banyak pulak baju untuk new born... jadi sebelum habis dibedal org, bagus sya beli... hehehe...

Tengah siok-siok shopping baju baby, sya ternampak sesuatu yang bagi sya cute sangat... aduiii!!!... benda ni la yang sya cari-cari selama ni... baby cradle... atau ada juga org panggil baby bassinet... cute gilak-gilak tu cradle... sya mau bawa pegi kaunter sudah sekali bila tengok harga... masyaallah!!!... mahal gilak-gilak... 

Dengan rasa hampa sya simpan la balik cradle tu (tapi simpan di pisuk-pisuk, mana tau nda tahan iman esok-esok sya pegi beli... hehehe)... trus sya call honey dengan suara minta kesian... honey dengan selamba jak menjawab 'ok honey, tunggu sya balik nnt sya belikan k?' (Hmmm... ' I luv d way u lie honey'... hahaha) sya iya kan sja la... tapi dalam hati sya desperately mau sangat tu cradle dan sya tau sya akan dapat juga tu nnt... hehehe...

Sebijik mcm ni la cradle yang sya mau tu (bakul yg di atas tu jak ok)... 
Ok sekian dulu la luahan sya awal-awal pagi ni... sya mau gi mandi sebab my bro mau belanja breakfast d McD... hehehe...

Daa!!!...


p/s: bila sya sudah beli tu cradle nanti sya upload gambarnya k...

Wednesday, October 20, 2010

Cemburu kebahagian orang lain...

Assalammualaikum...

Apa tandanya jika kita cemburu melihat kebahagian orang lain? Adakah itu membayangkan bahawa jiwa kita sakit kerana membiarkan perasaan itu berlegar di dalam diri? Ya... benar. Jiwa kita sedang sakit jika kita cemburu akan kebahagiaan orang lain dan ini disebut hasad... cemburu yang melampaui batas!

Perasaan ini jika tidak dibendung boleh membawa kepada kerosakan sebagaimana api yang membakar kayu yang kering. Kenapa biarkan hati dibelenggu begini sedangkan anda sendiri boleh mencari kebahagian itu. Jadikan kebahagian orang lain yang berpasangan sebagai inspirasi agar kita juga mampu menikmati kenikmatan yang sama.

Firman Allah bermaksud:

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga)".
Surah Ali-Imran : 14.

Credit to Majalah Nur...

Saturday, October 16, 2010

Cross-Stitch...

Assalamualaikum...

Hari ni sya masih merehatkan diri di rumah... teda apa mau di buat... baring-baring pun bikin sakit badan jak... jadi daripada buang masa baring-baring atau main game fb, sya pun pegi la merajinkan diri mengemas bilik...

Ya la.. sedang tunggu hari mau melahirkan kan? tapi katil baby masih lagi blum pasang-pasang... sya pakai katil baby danish dulu jak sebab katil tu masih lagi 100% baru (dulu danish tidak suka tido dalam tu katil sbb dia lebih suka tdo di kepit oleh mummy & daddy nya... hehehe... kacau daun jak kan?)...

Sedang kemas-kemas tu, sya terjumpa sesuatu yang lama sudah sya tinggalkan... ya, cross-stitch sya... dulu buat cross-stitch ni memang hobi sya... memandangkan dulu honey selalu belayar dan danish pun blum ada lagi, jadi ini la keja sya siang dan malam... sampai ke ofis pun sya bawa... waktu lunch sya buat tapi pandai juga sya buat time bos tidak masuk ofis.... hehehe... bikin addict owh ni benda...

Sya mula minat buat ni, bila tengok seorang dari kawan ofis sya selalu buat ni... sya jadi jeles (sbb semua cross-stitch yang dia buat cantik-cantik nih), jadi belajar la dengan dia (hehehe... thanks Hjh)... mula dari situ sya sudah ketagih mau buat ni benda...

Tapi bila sudah preggykan Danish... sya mula sudah slow down... lepas tu langsung tidak ingat lagi dengan ni hobi (bukan hangat-hangat tahi ayam ah... cuma tidak ingat sja)...

Terasa macam mau buat lagi time-time tunggu hari ni... tapi orang tua-tua cakap time preggy jangan main dengan benda sulam-sulam, kait-kait nih... jadi terpaksa lupakan dulu la hajat mau men'cross-stitch' ni... huhuhu... lepas beranak nanti kalau ada kesempatan sya akan mulakan balik...

Cross-stitch pertama sya... khas sya buat untuk honey... sdh beberapa tahun siap tapi sya tidak pandai ingat mo kasi frame... mula-mula honey tengok dia ingat sya suruh org yang buat... hehehe...

Bekas untuk sya menyimpan alat-alat cross-stitch... msh banyak lagi benang-benang  sya tu...
Design yang belum lagi terbuat-buat oleh sya... yg waterfall tu honey yang belikan... dia cabar sya buat design yg amat susah ni... honey tunggu ah, siap juga tu oleh sya...
Ok... sya sudah penat... sya mo rehat-rehat dulu... daaa!!!...

p/s: lepas ni sya akan cerita lagi pasal hobi-hobi sya yang lain ah... yg pasti hobi-hobi tu memang lama sudah sya tidak buat... hehehe...

Friday, October 15, 2010

Lagu baru...

Assalamualaikum...

Ok... hari ni sya sangat rajin menukar lagu baru untuk my blog ni... awal-awal pagi bangun trus buka lappy dengan niat untuk menukar lagu... hahaha...

Jangan ingat yg bukan-bukan ah... ketiga-tiga lagu yg sya download (download ka istilah nya yg btul?), teda kena mengena dengan sya... sya download sebab sya sukak...

First song tu... Love the way you lie... itu fav song my honey... semalam dia dengar lagu (sedang 'play' d hp sya) tu masa bergayut dengan sya, jadi datang la penyakit jelesnya sbb hp dia tidak dpt upload tu lagu dari lappynya sbb usb hp dia ttinggal di labuan... kasian owh... sempat lagi sya menyeluru mau bluetooth tu lagu kasi dia...  hehehe... dia suka ni lagu sbb dia minat dgn eminem, bukan pasal sya slalu tipu dia ah (nda penah tipu honey... sumpahhh!!!)...

Second song tu... Khatimah cinta... itu sya suka dengar sebab setiap petang sya tengok drama 'chinta' d tv3 tu... lagu ni soundtrack drama tu... jadi minat plak dengar lagu tu... hehehe... pun teda kena mengena dengan kisah sya ah...

Third song tu... Dia milikku... itu pun sya suka pasal selalu tengok sinetron 'cinta kirana'... ini pun teda kena mengena dengan kisah sya ah... hahaha...

Oh ya... my little Danish pun suka dengar lagu eminem tu... kalau dia sdh dengar mesti menari-nari dia tu...

Ok... tu jak info mengenai lagu pilihan sya kali ni... bukan apa juga, ni pasal boring teda buat apa-apa ba ni... sebab my honey suruh sya stop business dulu sampai sya beranak.. so kerana teda aktiviti bisnes tu la banyak betul masa cari-cari lagu nih...

Daa!!!...

p/s: ni satu lagi aktiviti kebosanan sya... sebelum taip entry blog ni, sya belek-belek rambut sya depan cermin... panjang cecah pinggang sudah owh... hmmm... kalau sya potong layer panjang then kasi curl sikit-sikit mcm kirana dalam 'cinta kirana' tu ok ka tu ah?... hmmm...  

Thursday, October 14, 2010

Secebis Ingatan Buat Adam | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.


Wahai Adamku... 
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.


Adam... 
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.


Adam... 
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.


Adam... 
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.


Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini. Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku. Dimana perginya keadilanmu?


Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.


Adam... 
Mengapa kau biarkan aku begini?
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


Adam... 
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.


Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.


Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.


Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam... 
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.


Maafkan aku sekali lagi Adam...
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu. Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.


Waspadalah Adam... 
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu...andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.


Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari...bukan berlian yang kupinta... tetapi...hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...


Adam... 
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...


Ikhlas dari Hawa abad ini...

Wednesday, October 13, 2010

I'm ready!!!...

Assalammualaikum...

Hari ini sya ada appointment ke klinik lagi... agak akhir sya pegi sebab akhir-akhir ni badan sya ni rasa macam nda larat jak mau bejalan... jam 11 pagi baru sya bertolak dari rumah...

Sampai klinik, kaka nurse tu senyum-senyum tengok sya... pertanyaan pertamanya 'eh! blum lagi fify?'... hehehe... ingatnya sya beranak sdh kali...

Alhamdullillah, keputusan pemeriksaan tadi semuanya baik... tekanan darah, ok... berat, ok, maintain jak (61 kg).. degupan jantung baby, ok... tinggi rahim, ok... kandungan gula dlm darah pun ok juga (walaupun hampir 2 minggu sya tidak makan vitamin... hehehe)... baby pun aktif betul bergerak...

Itu yg ok... yang tidak ok nya... kaki sya sdh bengkak... semuanya pun bengkak sdh... itu belum lagi tulang belakang sya yg sentiasa sakit sekarang... tidak kira la time berjalan ka, berdiri ka, baring ka, sakit btul tulang di belakang nih, effect dari perut yg semakin membesar... bila berjalan sya sdh dapat rasa kepala baby tu (stail jalan pun tidak seksi sdh... hehehe)... kaka nurse tadi tu cakap, sya rasa gitu sebab anytime baby tu akan keluar... kepala baby pun sudah betul-betul di bawah... aduii!! panik sekejap sya... hehehe...

Tapi sya puji la tu kaka nurse... dia bagi sya motivasi supaya tidak takut... sentiasa berfikiran positif... Insyaallah semuanya selamat nanti... minggu depan ada lagi appointment utk jumpa kaka nurse tu (kalau belum beranak lagi la)... 

Jadi mulai hari ni sya kena membataskan pergerakan sya... di larang drive sorang-sorang... dapatkan rehat yang cukup... jangan telampau banyak berfikir... dan yang penting sentiasa bersedia... honey pun sdh naik bosan nasihatkan sya... hehehe... sory honey... iya, mulai hari ni sya akan jaga diri sya dan juga baby dalam tummy ni k...

Sekarang sya mau rehat dulu... lepas rehat nanti baru la cek order-order shawl tu... hehehe... (ala, setakat duduk depan lappy tidak juga memudaratkan kan?)...

Daaa!!!...

* p/s: Time check-up tadi busy sangat melayan sms org order shawl... kaka nurse tersenyum geleng kepala sja tengok... hehehe...
** p/s: Oh ya... kalau lama blog sya ni tdk ber'update'... faham-faham sja la ya... doakan semuanya selamat ya... 

My Popular Posts

My Shopping List

Followers

My Blogger Award Collection