CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Us... Together... ♥♥♥♥

Wednesday, November 9, 2011

Pictures That Are Good Enough To Eat...

Assalamualaikum...

Sekarang sya ada minat baru... actually bukan baru jugak la, lama sudah sya minat ni, tapi sekarang baru minat tu makin membuak-buak nih...

Sya minat betul dengan foods & babies photography ni... kalau dulu sya suka tengok jak, tapi sekarang tangan  tu selalu gatal jak mau snap gambar food & baby di mana2 jak... tapi dengan camera di tab sya jak la, blum mampu lagi mau beli camera yang canggih manggih tu... lagi pun belum lagi ada kesempatan mau belajar seni photography ni... jadi gambar yang selalu di ambil tu tidak la cantik mana pun... harap2 1 hari nanti dapat la jugak sya pegang camera yang mahal tu... hehehe...

So, untuk cuci2 mata kita malam2 ni, sya share la antara picas2 yang sya dapat dari google image...



Daaa!!!..

p/s: speechless trus bila tengok photo2 nih... yummyyyy!!!... 

Wordless Wednesday: Lagi Gambar Baby... :)

Assalamualaikum...


p/s: kenapa suka sangat tengok gambar sekarang ni ahhh???...

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha 1432H / 2011...

Assalamualaikum...

Alhamdullillah... tahun ni kita berpeluang lagi menyambut hari raya aidiladha atau raya korban... mau dekat 2 bulan sudah selepas raya puasa, sekarang suasana hari raya kembali lagi... masa sya buat entry ni, mesti ada yang sudah berada di kampung ni kan?... huhuhuh... jelesnya sya kepada sepa2 yang berkesempatan beraya di kampung tu... mesti meriah kan?... 

Kami plak cuma beraya di Labuan sja... baru sebentar tadi my mum call rumah nenek di keningau... waaa, sibuk sudah dorang di sana... masak rendang, buras, laksa dan macam2 lagi la untuk open house esok pagi... my cuzen plak sibuk bake kek... mesti ramai yang datang ke rumah tu esok... tu blum lagi jemputan saudara lain ke open house mereka... hehehe...

Kepada mereka yang sedang mengerjakan Haji di Mekah, kita doakan mereka selamat dalam apa jua yang mereka lakukan di sana... semoga semuanya berjalan dengan lancar di sana... Insyallah...

Sumber image dari Mr. Google (credit to http://www.rediesh.com
♥♥♥♥♥

SALAM AIDILADHA
DARI KAMI SEKELUARGA
BOY, FIFY, DANISH & DANIAL

♥♥♥♥♥

Daaa!!!...

p/s: selami erti 'korban' yang sebenar...

Thursday, November 3, 2011

Malam Jumaat Keliwon: Hantu Air...

Assalamualaikum...

Beberapa bulan lalu, di Daerah Sibu, Sarawak gempar dengan kejadian seorang gadis hampir dicekik oleh satu lembaga ketika mandi di sungai... mari kita baca artikelnya yang sya share dari Borneo Post Online...

♦♦♦

GADIS PENGSAN SETELAH RAKAM GAMBAR SEDANG MANDI DENGAN TANGAN 'LEMBAGA'

SIBU: Penduduk di kawasan rumah panjang di Sungai Nibong, berdekatan Jambatan Sungai Nibong dekat sini gempar apabila mendapati seorang gadis remaja pengsan setelah mandi-manda di sungai terbabit, petang kelmarin.

Percaya atau tidak: kelihatan tangan makhluk  yang dipercayai 'hantu'  cuba mencekik  mangsa melalui gambar yang dirakam...
Menurut sumber, mangsa yang berumur lingkungan belasan tahun dari rumah panjang berdekatan dikatakan merakam gambar sewaktu mandi manda sehingga muncul satu imej yang me-nyerupai tangan satu lembaga seolah-olah hendak mencekik leher mangsa.

“Setelah mengambil gambar, mangsa terus naik ke tebing dan pengsan sehingga menyebabkan rakan-rakannya yang lain terkejut dan cuba membantunya.

“Melihat mangsa gagal memberi sebarang tindak balas, salah seorang rakannya kemudian berlari ke rumah panjang berdekatan untuk meminta pertolongan,” ujarnya yang enggan dikenali kepada Utusan Borneo, semalam.

Penduduk rumah panjang yang dimaklumkan jelasnya, kemudian bergegas ke tempat kejadian dan cuba memberikan pertolongan kepadanya termasuk menggunakan jampi tertentu.

Menurutnya, sedang beberapa orang penduduk rumah panjang sibuk memberi pertolongan kepadanya, salah seorang rakannya sempat mengimbas gambar yang diambil dengan menggunakan telefon bimbit dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat objek yang menyerupai tangan ‘hantu’ cuba mencekik mangsa kelihatan dalam gambar itu.

“Salah satu tangan ‘benda’ itu terletak berdekatan dengan dagu remaja itu sementara tangan satu lagi sudah berada di tengkuk kirinya dan dilihat seolah-oleh bersedia untuk mencekik mangsa yang sedang berada di dalam sungai tersebut untuk memberikan posenya kepada rakan yang sedang mengambil gambarnya,” ujar sumber itu.

Jelas sumber itu, mangsa kemudian dibawa ke rumah panjangnya dan difahamkan sudah sedar dan keadaannya tidak membimbangkan.

Bagaimanapun katanya, satu upaca-ra ‘ngampun’ mengikut adat lama ma-syarakat Iban akan dijalankan hari ini (semalam) di sungai tersebut bagi me-minta maaf kepada makhluk halus itu.

Bagi mengikuti perkembangan upacara terbabit semalam, Utusan Borneo tidak dibenarkan membuat liputan sama ada mengambil sebarang gambar di kawasan terbabit atas sebab-sebab tertentu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Gambar ini yang dikirimkan melalui MMS kepada telefon bimbit pemberita Utusan Borneo menimbulkan keanehan apabila tangan makhluk terbabit sungguh ketara dilihat jika ia diperhatikan betul-betul.

Percaya atau tidak, ia terpulang kepada individu itu sendiri tetapi gambar ini menimbulkan misteri dan ia benar-benar berlaku di kawasan tersebut.

Sungai Nibong yang terletak kira-kira 30 meter dari pusat bandar ini dan terletak di Jalan Nibong-Tada.Kejadian itu berlaku tidak jauh dari jambatan Sungai Nibong yang terletak di jalan terbabit.

Utusan Borneo turut diberitahu bahawa jalan raya di situ, sama ada sebelum dan selepas Jambatan Sungai Nibong itu merupakan satu tempat yang ‘sangat keras’.

Menurut penduduk di situ, jalan terbabit sudah banyak mengorbankan nyawa manusia yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya.

Kata mereka, setiap kemalangan yang berlaku di situ pasti akan meragut nyawa dan jarang yang selamat apabila ditimpa kemalangan di jalan terbabit.

Ada antara mereka menyatakan bahawa banyak pengguna jalan raya yang melalui jambatan terbabit kerap diganggu oleh makhluk halus terutama pada waktu malam.

♦♦♦

p/s: mum selalu pesan, kalau pegi tempat yang baru (belum pernah pegi), jangan lupa bagi salam dulu... :)

Dari Dapur Chinta Asmara... She's So Creative... :)

Assalamualaikum...

Malam ni sya mau share tentang seorang kawan lama sya... bukan ceta apa pun, ceta pasal bakat memasaknya sja... gossip2 tak mau ya... hehehe...

She's my schoolmate masa sya bersekolah di Miri dulu... sekarang dia sudah menetap di Perth, Australia, mengikut suaminya kalau tdk silap sya (but husband dia pun Sarawakian tau bukan org Australia)... dia ni kalau masak atau baking memang semuanya menjadi la... kreatif tau... nda mau ceta banyak, kita tengok jak la hasil dari dia ya...

Scary Finger Cut Cookies (Halloween)
Happy Boo Day Cake... (Halloween)
Spooky Hand Orange Cakes... (Halloween)
Cuppies for love... I like cuppies yang macam ni... simple but meaningful...
Petite Cheese Cake...
Carnation Gum paste... cantiknya!!!... mcm real owh...
Now tell me, kreatif atau nda?... sejuk nya tangan si Ham ni... jeles sya... hehehe...

Kenapa sya kata 'Dapur Chinta Asmara'?... sebab nama fb nya is 'Chinta Asmara'... boleh klik sini untuk view ya...

Ada banyak lagi picas di fb dia ni, semua nya bagi kita balik2 telan air liur... hehehe... sya belum lagi berkesempatan merasa air tangan dia ni... hopefully one day dapat la merasa... insyallah...

To Ham... keep up the beautiful work my friend... I love to see more... 

Daaa!!!...

p/s: Ham... buat la blog, dapat kongsi resepi selalu... :)

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday (Not So Wordless La): Family... Love This Photo...

Assalamualaikum...


p/s:
Friend
Boyfriend
Girlfriend
Bestfriend
Everything has an 'END' except...
Family... It' has 'I LOVE YOU'...

Tuesday, November 1, 2011

It's November!!!...


Assalamualaikum...

Alhamdullillah, kita sudah berada di Bulan November 2011... tinggal 1 bulan sja lagi kita mau tahun baru tau... hehehe... dalam kepala ni sudah ada plan2 untuk tahun depan... 

Untuk bulan ni sama seperti bulan lalu jugak, tidak banyak aktiviti melainkan keja, keja & keja... macam membosankan plak life sya sekarang ni kan?... kesian my kids...

Seperti semua tau, 6hb ni kita akan beraya lagi... yes, raya haji atau Hari Raya Aidiladha... ada 1 hari xtra cuti tu... sekarang ni masih merancang2 lagi, apa yang sya mau buat masa cuti raya 2 hari tu... kalau masak memasak, itu my mum mmg sudah plan tu... selalunya bila raya haji ni, my mum akan masak special sikit untuk kami makan sekeluarga... bukan open house ya... cuma untuk kami anak-beranak jak... plan sya plak, kira2 mau mem-baking la 2 hari tu... hehehe... bake apa?... itu blum tau lagi... kita tunggu dan lihat jak la k...

Ada 2 orang dlm keluarga sya yang akan menyambut birhtday dalam bulan ni... first is my younger sister... akan menyambutnya pada 03hb ni... umurnya akan mencecah 25 tahun... blum ada plan mau kawin lagi, entah bila la akan terbuka hatinya mau kawin ni... alasan nya, 'masih awal lagi'...

She's a food lover... sama seperti sya...
Kemudian, pada 14hb plak, insyaallah, my baby danial akan mencecah ke angka 1... sungguh2 cepat masa berlalu... my baby ni besar sudah... untuk birthday baby danial ni pun sya blum ada apa2 plan lagi.. mau buat kek sendiri atau hanya tempah sja... untuk present plak, kena tunggu my honey ada di darat la baru pegi belikan... biar la daddy yang belikan, mommy teda duit nih... hahaha... 

Andukkk bahhh!!!... buah hati mommy nih...
Dua2 pun buah hati mommy...
Buat masa ni, itu sja la yang akan berlaku dalam bulan November ni... wiil update lagi if ada apa2 aktiviti yang best2 ya...

Daaa!!!...

p/s: daddy sudah pegi laut, jadi mommy pun ada banyak plan dalam kepala sudah... hehehe... ;)   

My Popular Posts

My Shopping List

Followers

My Blogger Award Collection