CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Us... Together... ♥♥♥♥

Wednesday, September 22, 2010

Hargailah Pengorbanan Seorang Isteri Wahai Kaum Adam...

Assalamualaikum...

Sudah seminggu tidak update blog... banyak urusan yang perlu diselesaikan... mana lagi mau uruskan blogshop sya yg baru 'open for business' sebelum raya hari tu... alhamdullilah, setakat ini 'business' online sya tu berjalan dengan lancar... next week kena order lagi stock baru...

Honey sdh balik sambung belajar di KL, insyaallah, bulan february ni tamatlah pembelajaran dia tu... sekarang ni sya menjalankan rutin harian seperti biasa... Danish baru baik dari demam panas... 3 hari dia demam teruk... sya pun teruk juga la, tidak tido sampai 2 malam melayan demam danish...

Owh ya... berbalik kepada tajuk... baru-baru ni seorang kawan sya di timpa masalah yang sangat besar... kesian pula sya dengan dia... nyaris2 kehilangan semua orang yang dia sayang...

Selama ni kalau dilihat perkahwinan dia dengan suaminya bahagian sangat... tiba-tiba lepas raya hari tu, dia telefon sya menangis-nangis... dia menangis sebab dia terjumpa watikah pertunangan suaminya dengan perempuan lain... pertunangan tu sudah berlangsung selama sebulan... dan kawan sya ni tidak pernah tau mengenai perkara ni... dia punya la terkejut, sampai hampir mau pengsan...

Bila ditanya dengan suaminya, suaminya mengelak untuk menjawab... suami tu cuma cakap pertunangan tu sudah tiada dan minta kawan sya menganggap benda tu sudah selesai... di atas nasihat sya (yg mmg jahat mulut ni... hehehe)... kawan sya tu call pula tunang suaminya tu... dari situ semua rahsia terbongkar... dan dari situ juga, kawan sya mulai terasa yang suaminya tu lebih syangkan perempuan yang 1 tu dari dia... bayangkan... kalau dia buat salah dengan suaminya, dia akan ditengking, diteriak walaupun depan orang ramai... tapi bila dengan tunangnya tu, sekali pun lelaki tu tidak pernah teriak apa lagi tengking... kesian juga nasib si isteri ni kan?...

Kawan sya sangat-sangat 'down' masa tu... dia minta suaminya tu untuk lepaskan dia secara baik... itu pun dia buat sebab memikirkan kebahagiaan suaminya... dia tau suaminya akan lebih bahagia bila dengan pompuan tu...

Mau dijadikan cerita (ini la bab yang sangat kesian)... suaminya tu bagi syarat kepada dia... kalau dia minta dilepaskan, suaminya tu boleh lepaskan dia tapi suaminya akan ambil semua anak mereka (2 orang)... kawan sya tu merayu supaya lepaskan dia sja tapi anak-anak jangan dirampas... tapi si suami ni tetap berkeras mau ambil juga...

Kesian juga kawan sya tu... sudah la suaminya tu bakal dirampas oleh pompuan tu, sekarang anak-anaknya pun mereka mo rampas juga... jadi apa lagi yang tinggal untuk dia?... semuanya hilang dalam sekelip mata sahaja... ketiga-tiga orang yang dia sayang semua hilang... menangis juga sya bila dengar semua ni... kejam betul lelaki tu...

Suaminya tu memang sayang btul dengan isterinya sampai sanggup buat syarat begitu supaya isterinya tidak terlepas dari dia... itu la kalau sudah jadi lelaki yang tamak, semua pun dia mau... baik sudah tu isterinya mengalah... tapi masih juga mau mengikat isteri tu... masih juga mahu seksa batin isteri...

Tanpa rela kawan sya tu terpaksa juga bertahan dengan suaminya demi anak-anak... dia sanggup bersetuju untuk dimadukan, yang penting anak-anaknya sentiasa ada di sisinya...

Tiba-tiba si suami pula tanpa rela memutuskan pertunangan dengan tunangnya tu... konon sebab dia tidak sanggup lihat anak-anak dan isteri nya terseksa dengan tindakan dia... tapi disebalik keputusan suaminya tu, dia menyalahkan isterinya... konon kerana isterinya tu la dia terpaksa putus dengan tunang dia...

Mau kata kawan sya tu gembira... tidak juga... lebih banyak sedih dari gembira... apa tidaknya, mungkin ini helah suaminya buat masa ni untuk menenangkan keadaan... bila keadaan sudah kembali tenang, tidak mustahil dia akan merayu balik dengan pompuan tu...

Sekarang ni pun, suaminya tidak banyak bercakap dengan isterinya tu... cara dia memandang isteri nya seperti isterinya ni buat kesalahan yang paling besar terhadapnya... mau sja rasanya dia bawa lari anak-anaknya tu jauh dari suaminya dan mulakan hidup baru... tapi dia belum ada kekuatan tu...

Kesian sangat... anak-anak yang jadi senjata suaminya untuk mengugut isterinya ni... bila la lelaki ni mau sedar ya... dia putus tunang dengan pompuan tu pun tidak menjanjikan bahagia kepada rumahtangganya sebab si suami ni masih lagi 'anggau' dengan bekas tunangnya tu... yang bekas tunang ni layan juga...

Tidak tau la sampai bila kawan sya ni boleh bertahan dengan suaminya ni... dia sudah tidak mampu berbuat apa-apa sebab takut kehilangan anak-anak... sya faham tu... tiada seorang ibu pun yang sanggup kehilangan anak yang selama ni membesar depan mata mereka, yang mereka kandung 9 bulan 9 hari... cuma lelaki ni tidak faham perasaan seorang ibu... senang-senang saja mengunakan kelemahan isteri untuk kepentingan diri sendiri...

Sya cuma doakan semoga kawan sya tu tabah menghadapi semua ni... sya tau dia kuat... semoga dia dapat kabahagian yang sepatutnya dia dapat... semoga dia dapat lari dari suaminya yang kejam tu... sya tau dia memang tidak mampu berbuat apa-apa, biar tuhan sja yang membalas perbuatan suami dan tunang suaminya tu... amin...

Daaa!!!

p/s: Nnt sya akan update lagi kisah kawan sya ni ye... bukan untuk busybody tapi untuk dijadikan pengajaran kepada suami-suami di luar sana... 'Hargailah pengorbanan seorang isteri wahai kaum Adam'... 

Wednesday, September 15, 2010

Isteri...

Assalamualaikum...

Ada sorang kawan di fb post sesuatu pagi tadi... best sangat kata-katanya... mari kita baca sama-sama... 


Jika seorang isteri manangis di hadapan mu



Hargailah dia sebelum terlewat



Itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…




Jika kau memegang tangannya di saat dia menangis
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu



Jika kau membiarkannya pergi 
Dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya...




Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah
Kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah...







Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah 
Hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa egonya...




Wahai suami-suami
Jika seorang isteri pernah menangis karanamu
Tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian



Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …




Wahai suami-suami 
Jika seorang isteri menangis keranamu
Tolong jangan menyia-nyiakannya
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya...




Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu
Lihatlah jauh kedalam matanya
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?...




Apakah keistimewaan perempuan yang bergelar 'ISTERI' ini?...




Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat...



TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...



SENYUMANNYA adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...



PELUKAN & CIUMANNYA bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya...



Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa...



Dia TERHARU, Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yg dikasihinya...



Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANNYA...



Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...



Dia begitu sedih melihat KEMATIAN...



TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN...




Tapi dia sering dilupakan oleh seorang yang bergelar SUAMI...

Mereka lupa bahawa

"BETAPA BERHARGANYA DIA SEORANG YANG BERGELAR ISTERI"…

Jadi suami-suami semua, jangan abaikan isteri... jangan gunakan mereka time-time perlu saja... bila senang-senang, bila tengah bersuka ria dengan perempuan lain, call isteri pun tidak mau layan... bila sudah susah nanti isteri kamu yang buruk ni juga yang kamu cari... (ni satu lagi antara trip2 sensitif ibu2 mengandung ni)...

Daaa!!!

Friday, September 10, 2010

Akan ku jumpa...

Assalamualaikum...

Hari ni raya pertama... pagi tadi sudah ziarah keluarga sebelah honey... planning petang ni mau gi keningau pula ziarah keluarga my mum & of course la jumpa my mum and dad di sana... tapi honey pulak selesema... sbb malam tadi kena hujan... so plan mo gi keningau tu tangguhkan ke hari esok (raya ke 2)... sekarang ni pun masa tengah buat entry ni, hujan lebat di luar rumah...

Sekarang sya & honey tengah berehat-rehat setelah penat beraya... Danish pula tido setelah penat menakalkan diri... jadi sya ambil kesempatan untuk mem'blog' kejap... badan ni walaupun penat, tapi mata tidak dapat tido...

Semasa buka blog tadi, ingat mau tukar lagu... ya la lagu 'akan ku jumpa' yang kalian smua dengar ni khas sya masukkan sebulan yang lalu sempena Ramadhan... tapi... bila didengar balik, rasa sayang pula mau tukar... best sangat lagu ni... sayu jak bila dengar ( naa, lagi trip sensitif ibu mengandung ni...)...

Sya start minat dengan lagu ni semasa lagu ni jadi soundtrack untuk telemovie raya tahun lalu (astro prima)... antara garisan... ceritanya pun best... lepas tu tahun ni jadi soundtrack untuk drama tv3... Syurgamu Ramadhan... tambah la sya gilak dengan lagu ni... semalam sya & danish tengok episod akhir drama tu... adooiii!!! mengalir air mata... sepa yg tidak sempat tengok drama ni masa ramadhan ari tu, pegi la tengok di website tv3... best, I tell u...

Bait-bait lirik 'akan ku jumpa':

Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia, menemaniku

Matahari menyinar
Tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu

Hari berganti hari
Aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini

Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan ku temui
Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkah ku mencari cinta
Yang ku tahu hanya untuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna kutahu akan ku jumpa diri Mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman untuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba untuk mengejar diri Mu

Daa!!!

p/s: Masa buat entry blog ni tadi, my mum call... nampaknya trip untuk ke keningau esok terpaksa la di batalkan sebab jalan raya untuk ke keningau tidak berapa baik... lebih-lebih lagi sekarang ni musim hujan... takut jadi apa-apa dengan kandungan sya... kecewa... tapi tidak apa la... kalau ada umur panjang dapat juga sya beraya di keningau 2 tahun lagi... insyallah...

Salam Aidilfitri....

Assalamualaikum...

Sudah 2 hari kami berada di KK untuk balik beraya di sini... suasana di kk seperti biasa... bila mau dekat2 raya ni... jem di jalan jgn ckp la... org smua sibuk shopping last minute... bagi kami, tidak la kami sibuk sangat shopping sbb smua persiapan sudah di buat awal2...

Malam raya ni, lambat sya tdo sbb menunggu danish mengantuk... nda tau la bila dia mau masuk tdo ni... sibuk menonton 'sifu & tongga' di astro ria.... sementara tunggu dia tu, sya ambil kesempatan pinjam lappy honey untuk mem'blog'... hehehe...

Sya bertolak dari labuan 07hb, follow my mum... 08hb pula my honey sampai dari KL... my mum trus pegi ke keningau beraya di sana... sementara sya & honey beraya di KK...

Esok raya sudah... rasa sedih pulak bila mau meninggalkan Bulan Ramadhan ni... bulan ibadat... semoga tahun depan kita smua di beri kesempatan lagi untuk menyambut Ramadhan... bagi sya sedih sya berganda lagi sebab tahun ni puasa sya 1 pun teda yang pas... tidak tahan... lepas beranak ni kena ganti puasa 30 hari la sya... hehehe...

Di kesempatan ini... sya serta suami dan danish ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan bagi sesiapa yang pernah terasa, terguris, terluka dan mcm2 'ter' lagi la... sesungguhnya kita hamya manusia biasa, tidak lari dari melakukan kesilapan... Semoga raya tahun ni memberi kita kebahagian....

Akhir kata sebelum sya memaksa danish untuk tdo...

'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI'
'MAAF ZAHIR DAN BATIN'

IKHLAS DARI

Feana, Nazri & Danish

p/s: Walaupun sudah wish di entry yg lalu, tapi mcm tidak sah pulak kalau tidak wish masa malam raya... hehehe... nnt sya update lagi story sya beraya di kk ya...

Monday, September 6, 2010

Wanita...

Assalamualaikum...

Tadi pagi bila bukan fb, sya ada ternampak post sorang kawan... sangat best post tu... sehingga sya ibu mengandung ni pun tersentuh membacanya...

Kalau kita tengok, besa2 sja post tu... tapi mungkin pembawaan budak, sensitif pula sya bila baca... mari kita baca...

Lembut wanita kerana senyumnya
Cekal wanita kerana beraninya
Patuh wanita kerana kesetiaannya
Sabar wanita kerana imannya
Kasih wanita kerana belaiannya
Lemah wanita kerana airmatanya
Ikhlas wanita kerana simpatinya
Pendam wanita kerana cemburunya
Sayang wanita kerana sikap keibuanya
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah
Kerana wanita juga lah lelaki menjadi kalah...

Di tujukan khas buat Danish... ♥♥♥


Daaa!!!....

Alhamdullilah...

Assalamualaikum...

Alhamdullilah... sya sudah open for business... akhirnya siap juga blog business sya tu... walaupun agak terlambat, tapi tidak apa la... lepas raya pun ada jua org beli tu shawl kali ahh... Hehehe...

Esok balik KK, jadi dalam seminggu mmg tidak ber 'update' la blog ku ini... apa2 pun awal2 la sya wish ah... mana tau tidak online... busy makan, makan & makan...

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

FROM

Fify, Boy & Danish

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Daaa!!!

p/s: Jangan lupa visit blog sya yang 1 lagi ya... http://just4uladies.blogspot.com... 

Sunday, September 5, 2010

Cookies pertama utk raya tahun ni...

Assalamualaikum...

Hari ni sya start sudah buat biskut... biskut besa2 jak... teda yang special... Kueh Mur Coklat... favourite honey sya...

Lepas ni dia punya request mo minta buat kan fruit cake & biskut yang macam biskut famous amos lagi... hehehe...

Yang fruit cake tu no problem la... tapi yang request dia yg mau biskut macam famous amos tu, d mana la sya mau korek resepinya tu...

Kueh Mur Coklat... d luar nya putih tapi di dalam coklat...

Kueh yang di buat dengan penuh kasih sayang (pinjam ayat dimple dulu)... hehehe

Resepi ni resepi dari nenek my honey, di turunkan ke my mum in-law... lepas tu di turun kan kepada sya... jadi setiap kali raya biskut ni wajib di buat...

Esok, kalau ada masa sya plan mo buat biskut semperit pulak... insyaallah... kalau terlarat la... masa buat kueh mur ni tadi pun, sakit2 sudah pinggang, tapi untuk honey sya tidak apa la... tdk juga best kan tengok dia marung2 pagi raya pasal tidak tebuat kueh kegemarannya... hehehe...

Ok... nnt sya akan update lagi kalau ada biskut2 yang baru lagi ya (kalau ada la)... daaa!!!

p/s: kaki sya sudah start mo membengkak... hmmm...

My Popular Posts

My Shopping List

Followers

My Blogger Award Collection