CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Us... Together... ♥♥♥♥

Saturday, January 7, 2012

Kawan Menangis... Kawan Ketawa...

Assalamualaikum...


Semua pernah mengalami keadaan macam ni kan?... it's true... 

Bila kita susah, teda yang mau ambil tau hal kita... even kalau kita call pun, nampak jak nama di screen hp, trus susah hati ni... nda tau mo jawab atau tidak... sebab takut kita mau minta pertolongan... nda kira la apa jenis pertolongan... tapi selalunya takut pasal duit la... last2 kasi biar jak hp tu teriak2... jadi la missed call... bila terjumpa buat alasan, hp tengah cas la, nda dengar la... huhuh...

Tapi bila kita sudah ada duit... walaupun bateri hp tinggal nyawa2 ikan, trus jak call... minta belanja la, pinjam duit la... ada yang lagi teruk, trus2 jak minta bayar hutang (yang pernah tolong pinjam kan duit la ni)... macam takut kita mau lari ni... kalau sudah namanya kawan, nda kan la kita mau susahkan kawan yang pernah tolong kita time susah kan, dia la orang pertama kita akan ingat bila kita ada duit... trust tu penting dalam apa juga relationship... hehehe...

Bila jumpa orang yang macam ni memang menyakitkan hati... mau sebut nama pun macam berat jak mulut mau sebut... cuma satu jak caranya... lepas ni nda payah di layan lagi... nda payah peduli lagi hal kawan ni... titik... habis cerita...

Daaa!!!...

p/s: hati akan lebih senang bila teda kawan yang macam ni... biar la dia senang sendiri & susah pun sendiri... :)

Friday, January 6, 2012

Ladybugs...

Assalamualaikum...


Everything has beauty, but not everyone sees it...

Daaa!!!...

p/s: I love ladybugs... cute nih...

Everlasting Love...

Assalamualaikum...


Never postpone love... you can postpone everything else but not love...

Daaa!!!...

p/s: sweet kan picas ni?... :) 

Salam Jumaat: Rahsia Kejayaan Lelaki...

Assalamualaikum...

Malam2 begini baru la sya ada kesempatan update blog... kebetulan my kids awal tido malam ni (apa tidak, best ba tido dalam hujan... sejuk2 lagi)... hehehe...

Untuk hari Jumaat minggu ni iaitu minggu pertama dalam tahun baru masihi ni, mari kita berkenalan dengan 2 wanita hebat bagi setiap lelaki di muka bumi ni...

APAKAH RAHSIA LELAKI BERJAYA?

Rahsianya adalah kerana dia mempunyai dua orang wanita yang hebat!

“Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya” – Sayyidina Umar bin Khattab.

Siapakah si Dia yang bergelar Ibu ini ?

• Siapakah si dia yang telah bersusah payah mengandung selama 9 bulan sambil membawa kandungannya ke sana dan ke sini tanpa mengeluh kepenatan atau kekesalan ?
• Siapakah gerangannya yang tabah menahan sakit yang lama dan berpanjangan ketika melahirkan si buah hati yang ditunggu-tunggukannya selama ini ke alam dunia ?
• Siapakan si dia yang sabar menyusukan bayi yang sebelumnya menangis kelaparan dengan penuh tekun sehingga hilanglah segala rasa lapar dan dahaga ?
• Siapakah insan istimewa itu yang telah membesarkan anaknya semenjak kecil sehingga dewasa dengan penuh kasih sayang tanpa mengenal penat dan jemu ?
• Siapakah susuk tubuh yang berkeringat mendidik anak-anaknya dengan pengetahuan dan skil kehidupan sehingga menjadi insan hebat yang bakal menggantikan visi perjuangan ke dua orang tuanya ?
• Siapakah gerangan yang berusaha untuk mendapatkan rawatan ketika sakit dengan penuh kasih sayang serta harapan yang kuat agar si anak ini cepat sembuh bagi meneruskan kehidupan ?
• Siapakah insan yang terus tabah mendepani karenah anak-anaknya yang pelbagai yang berterusan memberikan ujian dan dugaan penjaganya ?
• Siapakah si dia yang istimewa ini yang sanggup berkorban masa, wang ringgit, pemikiran dan berkeringat sehinggalah anak warisannya ini memperolehi kejayaan demi kejayaan ?
• Siapakah insan yang turut mengambil-berat mengenai bakal pasangan anaknya ini agar masa depannya terus bahagia walaupun terpaksa berkongsikan kasih sayang bersama wanita baru ini ?
• Siapakah si dia yang terus mencurah dan mengharapkan kasih sayang anaknya yang semakin dewasa miski pun si anak ini telah berumah-tangganya ?
• Siapakah gerangannya yang terus mendoakan kebahagiaan dan kebaikan mereka walaupun anaknya mungkin telah mulai lupa terhadap sumbangan dan pengorbanannya selama ini ?

Jawapannya ialah si ‘ibu’nya…...



Siapakah si Dia yang bergelar Isteri?

• Siapakah insan istimewa ini yang telah mempertimbangkan lamarannya dengan penuh harapan bagi berkongsikan masa depan yang bahagia buat mereka bersama ?
• Siapakah gerangannya si dia yang telah bersetuju bagi menerimanya sebagai teman hidup yang dirancang bersama untuk sepanjang hayat ?
• Siapakah si dia yang tekun dan sabar memenuhi keperluan dan hajat suaminya yang merupakan ayah kepada anak-anaknya ?
• Siapakah insan ini yang sentiasa mempastikan bahawa suami yang ditaatinya ini memiliki kesihatan yang terbaik dan keceriaanya ditekuni ?
• Siapakah insan tabah ini yang sentiasa mengambil berat dan memberikan sokongan terhadap perkembangan kerjaya suaminya sehingga kejayaan dicatat dan sejarah terbina cemerlang ?
• Siapakah gerangannya yang sabra dan tabah mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak suaminya seorang demi seorang dengan jayanya ?
• Siapakah dia insan istimewa ini yang berkorban untuk rumah tangga dan kejayaan suami dan anak-anaknya walaupun dia mungkin turut sibuk berkeringat menanggung bebanan ini ?
• Siapakah dia yang tabah menahan kesedihan kehilangan suaminya dan terus berkorban bersendirian membesarkan anak-anak peninggalan suaminya bagi mempastikan cita-cita dan hasrat arwah suaminya tercapai jua ?

Jawapannya ialah si ‘isteri’nya…...




Betullah kata Umar al-Khattab bahawa Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya”.

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).

Kesimpulannya:

• Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi.
• Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya.
• Didiklah adik-adik atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru.

Daaa!!!...

p/s: kepada wanita yang hebat... ingat... kita lahir sebagai anak dan akan membesar sebagai isteri... jadilah wanita yang menjadi kebangaan ibu & suami ok... ;)

p/s/s: credit to 'Islam Itu Indah'... for the artikel... 

Tuesday, January 3, 2012

January 2012... Bulan Bonus!!!...

Assalamualaikum...

Huhuhu... macam sudah lupa daratan plak sya kan?... tahun lalu, setiap awal bulan, entry pertama sya mesti pasal rancangan aktiviti sya & family untuk bulan tu... tapi untuk bulan January ni, blum plak sya list out plan2 kami sekeluarga...

Ok sya mula kan dengan 3hb... ya hari ni... kira hari pertama sya berkerja untuk tahun ni... hehehe.. hari pertama , sudah sya lambat ke ofis sebab lupa set alarm... kemudian bila sampai ofis, my bos buat muka marung... teda senyum... sebab dalam jam 10 pagi, pengarah2 mau dia mengadap untuk hantar report tahun 2011, which is belum siap sepenuh nya oleh kami (finance dept.)... hahaha... sory bos!!!... nasib baik meeting tangguh sampai esok petang, boleh jugak kasi siap apa yang perlu... bagi sya plak, selepas bercuti selama 4 hari (bermula Sabtu), kerja sangat la berlambak... sampai kan lunch pun boleh terlupa (bila tercium bau jeruk bambangan yang kawan bawa, baru sya ingat yang sya blum lunch nih)... siapkan billing untuk 4 hari, kemudian siapkan tempahan linen (order dari China) akhir sekali buat inventory untuk apartment & villa (for costing purpose), mana lagi kitchen stock check, semua kena siapkan hari ni... alhamdullillah, siap juga jam 7 malam tadi (accept for kitchen stock check, yang ni tunda ke esok pagi)... fuh!!! selesai satu problem, esok entah apa lagi yang mau di buat di ofis, malas sya mau pikir sampai ke rumah...

Hari Jumaat ni, kami ada acara exchange gift sempena new year... tarikan nama sudah di buat sebulan yang lalu, tapi hadiahnya belum sya beli lagi... tidak apa, masih sempat lagi ni... belum ada idea lagi apa hadiah yang sya mau bagi dengan my senior supervisor nih... 

Chinese New Yar nanti, sya & honey masih belum ada apa2 plan lagi... tapi yang pasti sya tidak apply cuti masa tu... kasi can la dengan office mate Chinese untuk bercuti lama, raya nanti baru puas2 cuti... hehehe... 

Owh yaaa!!!... bonus!!!... management ada annouce hari tu, sebelum Chinese New Year kami akan terima bonus... kira angpaw la (our bos kan Chinese?)... yeay!!!... suka, suka & suka... apa sya mau buat dengan duit bonus tu?... ha'ah!!!... setelah setahun sya berehat & setelah melalui kesukaran untuk mulakan kembali (give up sebab ada jak yang potong jalan)... my honey mau sya kembali berbisnes... setelah fikir2, Insyaallah, sya akan kembali dengan bisnes sya dulu (tudung & shawl)... harap2 sya dapat bahagikan masa, tu jak yang selalu menjadi penghalang sya... 

Ok... that's it from now... 

Daaa!!!...

p/s: baking???... still my part time business tapi hanya untuk my office mate & family jak... kira bukan business la, tapi tolong2 buat jak... hehehe...      

Monday, January 2, 2012

Danish Buat Hal... Penutup Tahun 2011...

Assalamualaikum...

Sebagai penutup untuk tahun 2011, danish buat hal... bukan hal besar sangat la, tapi kalau terlambat akan jadi besar... hehehe... suspen???... begini ceta nya...

Last Krismas Day hari tu sya & honey bawa the kids jalan2... last destination kami is Manikar Beach Resort... di sana kami minum2 jak la... sambil minum2, danish suka betul dengan pokok Krismas di lobby hotel tu... pusing punya pusing, dia ambil la 1 deco (ornament) dari pokok Krismas tu... staff di sana pun ok jak, sebab kenal dengan sya... lagi pun setakat sebijik ornament, nda kan la mo bekira kan?...

Ni la ornament yang di maksud kan...
Sudah tengok picas di atas tu kan?... ok, sambung ceta... bila sampai rumah, di kopek-kopeknya manik2 tu... masa tu sya, honey & danial tetido sudah sebab kepenatan betul... dia dengan halnya sendiri sampai la dia sendiri pun tetido...

Bila malam, terdetik hati sya mau bersihkan telinga danish & danial (sebab memang rutin mingguan untuk bersihkan telinga dorang)... telinga kiri danish ok sja, tapi bila sudah ke telinga kanan, sya terkejut sebab cotton bud tu berdarah... bila di suluh ke dalam telinga, sya nampak macam ada manik dalam telinga dia... panik trus sya... yang peliknya, danish boleh lagi ketawa2... bila sya tanya, sakit atau tidak... boleh2 dia jawab 'nda pun!!!'... aarrggg!!!... sya panik separuh mati dia plak boleh lagi ketawa lompat2...

Hari selasa tu, daddynya bawa dia ke klinik untuk keluarkan benda tu dari telinga... sya menunggu sja di ofis sebab nda sampai hati mo bawa dia ke klinik (mana tau sakit kan?... bukannya dia yang menangis, sya plak yang meroyan nanti...)... tidak sampai 1 jam dorang di klinik, daddynya trus bawa ke tempat keja sya (Tiara Hotel) untuk lunch...

Sampai di hotel, sya tengok danish ok jak... bekas menangis pun teda... bila tanya daddynya, dia bilang danish ok jak... menangis pun tidak, ketawa2 ada la sebab kegelian... astaga!!!... ini budak tahan tukul betul...  dari ceta daddynya, doktor tidak dapat keluarkan manik tu dengan penyepit sebab sudah masuk telampau dalam... so, terpaksa gunakan vacuum untuk keluarkan nya... memang berdarah la dan ada infection sikit, akibat dari dia mengorek2 sendiri dengan jari untuk keluarkan manik tu... fuhh!!!... nasib baik cepat tau, kalau sampai bengkak di dalam, nda tau la apa mau jadi...


Lunch @ Alfresco Pool Side Tiara Hotel
Ni la muka dia lepas balik dari klinik... teda muka macam orang sakit ni... boleh lagi minta sya ambil gambar dia dengan snowman time lunch tu...

Lain kali jangan lagi buat mommy panic macam ni ok danish... peringatan untuk danial jugak... :)

Daaa!!!...

p/s: bila jumpa jak sya lepas dari klinik tu, ayat pertama yang keluar dari mulut danish is 'mommy, danish boleh dengar terang2 sudah'... hehehe... then si mommy pun terus buat muka blur2 geram nih... :D   

Foodie Foodie: Jeruk Bambangan...

Assalamualaikum...

Last week, selepas cuti Krismas, ramai la my office mate yang balik dari kampung... macam2 buah tangan yang dorang bawa... ada yang bawa biskut raya (dorang pun panggil biskut raya tau, bukan biskut Krismas... lucu kan?... hehehe)... ada yang bagi key chain... tapi yang paling best, ada yang bawakan sya jeruk bambangan... yes, khas untuk sya...   dia tau sya suka sangat dengan jeruk ni... jadi kebetulan pokok bambangan di rumah (Tenom) nya tu berbuah, dia minta la mummynya buat kan jeruk bambangan... 2 plastik dia bawa dari Tenom, tapi selain dari sya, jeruk tu dia jual RM 5.00 sebekas...

Jeruk bambagan fresh dari Tenom...
Sepa yang tidak pandai makan jeruk ni, rugi besar la... sedap tau... Jeruk ni di buat dari buah bambagan & garam jak... lagi lama dijeruk lagi sedap... rasanya masam2 masin... siapa yang niat mau diet pun lupa daratan terus tu... hehehe 
Buah bambangan sebelum di proses menjadi jeruk... (image dari Google)...
Kalau di Sabah, jeruk ni cukup femes, sebutnya pun sudah boleh buat sya telan2 air liur... my honey lagi la obses, makan maggi pun mau ada jeruk bambangan jugak... heheh...

Ready untuk di makan dengan nasi putih...
Kalau my sis, suka makan jeruk ni dengan cili padi & belacan...
Sepa2 yang mo datang Sabah atau Labuan, jangan lupa cari & try jeruk ni ok...

Daaa!!!...

p/s: lunch kemarin makan nasi puth dengan jeruk bambagan & tarap masak lemak ikan masin... fuhh!!!... sampai 2 pinggan sya makan... kepada sesiapa yang nda tau apa itu tarap boleh baca entry sya 2 tahun lepas di sini & sini...

p/s/s: hampir lupa plak... thanks to Jackie for the Jeruk Bambangan ya... hehehe...      

My Popular Posts

My Shopping List

Followers

My Blogger Award Collection