Assalamualaikum...
Sehari selepas sya & danial kluar hospital, kaka nurse d klinik desa kawasan perumahan sya datang melawat... pertama sekali yg si kaka nurse tu perasan, badan danial ada kuning sedikit atau bahasa perubatannya 'Jaundise'....
Adoiii!!!... sya tau sudah ni, mesti kena melawat hospital hari-hari ni untuk cek darah danial... jadi bermula dari 16/11/2010 menjadi rutin sya membawa danial ke hospital cek darah... kesian dia kena ambil darah hari-hari... nasib sikit sja darah yang di ambil, kalau banyak mau mengamuk daddynya di hospital tu...
Hari pertama kuning danial 182 umoI/L... hari kedua naik ke 191 umoI/L... hari ketiga pula naik lagi 206 umoI/L... sampai hari ketiga pun tahap kuning danial blum juga turun-turun... nurse di hospital cuma nasihatkan sya bagi danial penyusuan sebanyak yang mungkin... tapi masih juga tidak berkesan... sya tidak mau sampai mencecah 290 umoI/L... nda sanggup sya danial ditahan di wad... di cucuk sana di cucuk sini... lepas tu kena jemur di bawah lampu kalimantang lagi... tidakkk!!!
Selepas buat pemeriksaan darah pada hari ketiga tu, sya dan honey bawa danial ke poliklinik permai... sebab kaka nurse d klinik desa kawasan perumahan sya tu cakap di klinik ni sja ada ubat untuk jaundise ni... malam tu juga kami bagi danial makan syrup tu (rasanya macam teh bunga, warnanya macam air tebu)...
Alhamdullillah... keesokkan harinya (hari keempat) tahap kuning danial turun ke 200 umoI/L... hari kelima turun lagi ke 189 umoI/L... dan last sekali hari keenam tahap kuningnya turun ke 128 umoI/L... selepas ni sya tidak perlu lagi bawa danial untuk cek darah, sya cuma kena pastikan kuning danial tidak berbalik lagi...
Lega rasa... selepas ni boleh la sya & danial diam-diam berpantang di rumah... tidak perlu jalan-jalan keluar rumah lagi at least sampai 40 hari...
So sekarang sya kena sambung balik tido sya untuk bekalan malam ni... sebab bila malam sja danial akan berjaga sampai pagi, siang pula tido... sya and honey kena bergilir-gilir berjaga malam... hehehe... tambah slim la sya kalau gini...
Daaaa!!!
p/s: Thanks to Dr. Selva Kumar...
BELLE Tudung Instant Shawl Double Loop
-
BELLE is a double loop instant shawl
1. Sarung DUA kali sahaja dah siap flare dan batu kristal.
2. Flare design beri effect muka lebih tirus.
3. Bahagia...
5 years ago