CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Us... Together... ♥♥♥♥

Monday, October 31, 2011

Wedges... Owh... Wedges...

Assalamualaikum...

Benda ni la yang buat sya sentiasa gilak mau beli dan beli lagi... rasa tidak senang hati bila tidak beli... kusut jak pikiran tu...


Sekarang, kasut ni menjadi idaman kalbu hamba... aduhhh!!!... sakit jiwa di buatnya...

Daaa!!!...

p/s: bikin penyakit insomnia ni...

Kemalagan Keretapi & Lori Tangki Minyak...


Assalamualaikum...

Petang tadi ada beberapa kawan sya post di fb mengenai kemalangan di dekat Jalan Petagas, Kota Kinabalu... ingatkan kemalagan yang besa2 jak... jadi sya tidak la sibuk mau ambil tau... 

Bila tengok berita di TV3 sebentar tadi, baru tau kemalagan yang di maksudkan tu ialah antara kemalangan yang terbesar di Kota Kinabalu untuk tahun ni... perlanggaran antara keretapi dan lori tangki minyak shell... dashyat tu... nasib teda nyawa yang terkorban, cuma cedera saja... 

Kemalangan di katakan berlaku apabila sebuah keretapi dari Stesen Tanjung Aru ke Papar merempuh sebuah lori tangki minyak... kejadian tu berlaku kira2 jam 5.30 petang tadi... time orang tengah dalam perjalanan balik dari keja tu... gerenti jem gilak la jalan time tu... kalau time teda kemalangan pun jem, apa lagi bila ada kemalangan kan?... 

Asap tebal menyelimuti ruang udara KK dan boleh dilihat dari jarak sehingga 5 kilometer... oleh kerana rempuhan yang kuat tu, keretapi dan lori tangki minyak tu melekat dan masih berada di landasan... 

Sayangnya dengan keretapi tu... boleh dikira keretapi ni antik la... baru plak beroperasi selepas buat makeover... sangat2 sayang la... huhuhuh... tapi Alhamdullilah... semua yang terlibat tidak mengalami kecederaan yang kritikal...

Daaa!!!...

p/s: cuba perhatikan gambar tu... macam ada plak pocong berdiri-diri sebelah tiang tu kan?... hehehe... 

Sunday, October 30, 2011

Congrats On Ur Wedding Dear Ct...

Assalamualaikum...

Hari Jumaat lalu ialah hari bersejarah buat best friend my sisters, Siti Fardillah... hari dia akan menamatkan zaman bujangnya dan akan menjadi isteri org... hehehe...

Majlis Nikah (28/10/2011)
Cantiknya mekap dia... suka owh sya tengok...
Majlis Persandingan (29/10/2011)
Dewan Masyarakat Labuan


♥♥♥♥♥

SELAMAT PENGANTIN BARU
SITI & AJOL
SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT

♥♥♥♥♥

Selapas majlis persandingan malam tu, kami singgah ke McD sekejap sebab little danish mau makan aiskrim McD... ada decoration yang sangat cantik di airport (McD labuan ni berada di airport)... decoration tu sempena dengan hari Deepavali... jadi untuk gambar selingan sya upload la gambar Rangoli decoration ni... it's beautiful...



Daa!!!...

p/s: ada banyak lagi picas majlis perkahwinan siti ni tapi semua di camera my sis... cuma yg ni jak ada dlm my tab... :)

Little Danish New Car...


Assalamualaikum...

Sudah lama honey pasang niat mau belikan little danish keta ni, tapi sya sja yg halang... knapa halang? sbb mahal gilak... sayang kalau dibelikan kalau untuk di pakai 2-3 kali jak, lepas tu rosak...

Tapi honey tidak tahan, last2 dia belikan jugak... punya senang hati little danish... bangun tido itu dulu yg dia cari... hehehe...






Skrg kita layan plak video little danish  & baby danial naik motokar baru...

video

Ingat lagu masa kecik2 dulu:
Bapa ku pulang dari kota
Bapa ku belikan kereta
Kereta besar warna hitam
Boleh ku bawa jalan2....
Hahaha... diubahsuai oleh sya...

Daaa!!!...

p/s: kalau mommy mau tukar tu kancil ke SUV boleh ka daddy?... bukan besar sangat pun, Pajero Sport jak... hehehe...

Foodie Sunday: Sandwich Telur Simple...


Assalamualaikum...

Minggu lepas, my honey request mau makan sandwich telur... sanwich ni sangat la ringkas tapi jadi fav my honey untuk minum petang... kalau sya buatkan dia satu bantal bread tu pun habis jugak oleh dia sorang jak... 

Kalau ikutkan resepi sebenar, resepi ni ada bawang & daun bawang... tapi honey sya ni tidak suka intinya berat2 gitu... jadi sandwich telur sya ni mmg sangat2 simple la resepinya...

Mari kita tengok resepinya ya...

SANDWICH TELUR SIMPLE

Bahan-bahan:
Bread (6 keping)
1 biji telur (rebus)
Mayonis
Lada sulah

Cara-caranya:
1. Telur di rebus.
2. Sementara menunggu telur masak, kulit bread (di tepi2 tu) di potong kemas.
3. Bila telur sudah masak dan dikupas kulitnya, lenyekkan telur dengan menggunakan garpu.
4. Masukkan mayonis (2 sudu makan). Kemuadian masukkan lada sulah untuk perasanya.
5. Akhir sekali, sapukan atas roti, tindihkan dua & potong segi tiga.

Hehehe... resepi ni semua orang pun pernah buat, tapi sya sja2 buat entry untuk buat koleksi...

Daaa!!!...

p/s: kalau tanya sya, sya lebih suka makan tuna sandwich... :)

Foodie Sunday: Cakes / Food Around Me (September - October)...

Assalamualaikum...

Banyak picas2 food yang sya snap tertangguh gara2 kesibukan sya di ofis... oleh kerana hari ni sangat banyak masa sya yang free, sya upload la picas2 tu... jadi kira ni entry tertunggak la ya... hehehe...

Sya mula kan dengan picas sarapan pagi sya di ofis...

Dim Sum Pau... perisa 'bbq chicken'... dalam seminggu mau 2-3 kali sya order for breakfast...
Ni plak dunkin donut yang di bawa oleh my bos dari KL... balik dari KL awal pagi, so dia bawa la ni sebagai breakfast kami di ofis...
Sekarang makanan untuk lunch & surprise birthday party plak... setiap kali ada staff yang birthday, management mesti buat surprise birthday party untuk birthday baby ni...

Chocolate cake for August - September baby... 
Tiramisu Cake for Didie birthday... yang ni surprise cake dari kami (kwn2 rapat jak)... celebrate di Victoria Club...




Mee Basah...
Mee Hoon Sup...
Mee Goreng Tuaran...
Rice wit Lamb Chop (yg ni mesti la sya yg punya)...
Rice wit udang masak asam...
Minuman kami...
Surprise cake for Didie & Annie (2 hari awal) dr Tiara Management... Tiramisu & Yam cake...
Yogurt Fruit cake...
Surprise cake for Mr. Chai (Hotel Owner)...
Cake & Oriental Pizza...
Surprise cake for Jeannity from management... chocolate cake...
Bulan depan ada lg yg birthday... hehehe... will update lagi ya...

Daaa!!!...

p/s: jadi lapar plak upload gambar2 makanan nih...

Baby Talk...

Assalamualaikum...

Hari2 minggu ni mari kita tengok video yang sangat2 cute... baby2 ni berbual sesama sendiri... nda tau la apa yang dorang bualkan, hanya dorang jak yg tau... hehehe... owh ya, sebelum tonton, pause dulu lagu 'pokok' sya tu, nnt nda dengar plak babies ni berbual (kacau jak mixpod tu kan?...)


It's really fun watching the babies talk to each other...

Daaa!!!...

p/s: bila suruh baby danial translate apa yang dorang bualkan... baby danial translate guna bahasa dia plak... lagi la tambah sya tidak paham... hehehe...

Friday, October 28, 2011

Salam Jumaat... Berbahagialah Wahai Wanita...

Assalamualaikum...

Di pagi Jumaat ni mari kita renungkan bersama satu artikel ni yang sya dapat dari http://www.iluvislam.com...

BERBAHAGIALAH WAHAI WANITA

Siapa kata jadi perempuan itu senang?

Perlu tutup sana, tutup sini,

Cuba lihat budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tidak bising.

Perempuan. Stoking perlu pakai.

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari.

Pasti menangis air mata darah, kerana tidak tahan bertutup semua.

Tetapi, perempuan sentiasa sabar. Tengah panas masih boleh lagi memakai jubah.

Hebatkan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan itu senang?

Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit. Hendak pergi kelas pun susah.

Kalau boleh, masa tengah jalan merasakan hendak meraung kerana kesakitan.

Cuba lihat budak lelaki , mereka nampak gembira. Kadang-kadang setahun sekali pun susah dapat sakit, tetapi sekali sakit, merungut bagai tidak ingat dunia.

Tetapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, masih boleh tersenyum menyimpan kesakitan yang dialaminya.

Hebatkan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan itu senang?

Hati ini Allah S.W.T jadikan sangat lembut.

Hati cepat sensitif.

Cuba lihat orang putus cinta. Kebiasaannya perempuan yang paling susah hendak lupa.

Lelaki selepas putus cinta cepat mencari pasangan baru.

Cuba pergi wayang tengok cerita Hindustan, siapa yang paling teruk menangis?

Perempuan bukan? Lelaki masih boleh ketawa.

Sungguh lembut hati perempuan. Tetapi dengan hati yang lembut itu perempuan dapat mengkagumkan lelaki. Hebat tidak perempuan?

Siapa kata jadi perempuan itu senang?

Apabila hendak keluar ke mana-mana, sentiasa ketakutan. Kerana berita asyik-asyik keluar cerita orang kena rogol, kena culik.

Lelaki pukul dua pagi masih boleh keluar minum kopi tengok bola.

Siapa kata jadi perempuan itu senang?

Jika dirogol, perempuan disalahkan kata tidak jaga pakaian,

Apabila buang anak, perempuan disalahkan cakap berhati binatang,

Apabila buat salah sikit, kena marah dengan suami,

Apabila bising terlebih, kena label perempuan tidak sopan

Betapa susah hendak jadi perempuankan?

Disebabkan susahnya hendak jadi perempuan inilah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah.

Mereka berkata, Allah S.W.T tidak adil.

Mengapa AllahS.W.T lebihkan lelaki?

Mengapa perempuan perlu dengar cakap suami?

Mengapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

Walhal jadi perempuan itu sangatlah susah. Bak kata orang, hendak jaga sepuluh anak lelaki, tidak susah seperti menjaga seorang anak perempuan.

Disebabkan perasaan negatif pada Allah S.W.T ini, ramai perempuan di luar sana yang ditolak.

Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun!'

Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki. Mereka sanggup gadaikan diri mereka kerana percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati.

Kasihan pada mereka bukan?

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah S.W.T, mereka sanggup rosakkan diri mereka.

Mereka berkata mereka lakukan seperti itu kerana Allah S.W.T tidak adil.

Persoalannya sekarang,adakah benar Allah S.W.T tidak adil pada perempuan?

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami.

Tetapi, cuba ingat kembali, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa jika bukan pada kaki ibunya?

Betul, isteri kena ikut cakap suami.

Tetapi, seorang anak lelaki perlu taat pada ibunya tiga kali lebih utama daripada ayahnya.

Tidak adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tetapi Allah itu sangat sayang pada perempuan.

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya.

Jika paling banyak lelaki ada empat orang isteri.

Cuma ada empat orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki itu.

Tetapi perempuan, ditakdirkan ada lima belas orang anak lelaki.

Bermakna ada lima belas orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan itu.

Masya-Allah, hebatnya perempuan bukan?

Mengapa perempuan hebat?

Kerana kasih sayang Allah S.W.T yang menjadikan kita hebat!

Cuba didengari pula lagu-lagu yang berkumandang pada radio.

Banyak lagu berkaitan perempuan bukan?

Jarang kita dengar lagu berkaitan lelaki.

Sayang sungguh Allah S.W.T itu pada perempuan, hingga perempuan dikasihi seperti itu sekali di dunia ini.

Lihat pula apabila seorang lelaki berjaya.

Orang akan berkata, 'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya.'

Kita tidak pernah dengar orang berkata, 'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya.'

Sungguh hebat Allah S.W.T jadikan perempuan itu.

Masih tidak adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?

Hakikatnya, Allah S.W.T terlampau adil pada perempuan.

Disebabkan susahnya hendak menjadi perempuan ini, perempuan senang hendak masuk syurga. Berdasarkan satu hadis :
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Tidak adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?

Oh perempuan, sedarlah.

Betapa sayangnya Allah S.W.T pada kita. Betapa cintanya Allah S.W.T pada kita.

Tetapi, mengapa kita rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tidak berasas pada Allah S.W.T?

Allah S.W.T jadikan perempuan itu sebagai hiasan dunia.

Bayangkan, dunia yang besar ini, dunia yang cantik ini, kita jadi hiasannya.

Seindah-indah hiasan itu adalah wanita solehah.

Betapa ruginya kita sekiranya ditolak menjadi seindah-indah perhiasan dunia bukan?

Daaa!!!...

p/s: sepa bilang sya tidak bangga?... sya bangga jadi perempuan tau... :)

Thursday, October 27, 2011

Amaran Angin Kencang Lagi...

Assalamualaikum...

Kemarin petang, time tengah driving, terdengar satu berita di radio... mengenai amaran angin kencang di perairan Labuan, Sabah & Sarawak... amaran tu bermula hari ni sehingga hari ahad... angin kencang ni berbahaya pada bot2 kecil, rekreasi laut & sukan laut...

Sehingga sya menaip artikel ni, blum ada tanda2 angin kencang tu... tapi... itu sebab sya berada di darat... my honey yang sekarang berada di atas kapal, di tengah laut (pegi offshore sdh dia), dapat merasa angin kencang tu... air laut pun beralun sja... kuat alun nya... masa sya call dia tadi, dia bilang ribut tu baru mau mula... mungkin sekarang angin sudah mulai bertiup kencang...

Bila terdengar amaran seperti ni time2 my honey di kapal, boleh buat sya tidak tenang tidur... walaupun kapal tempat dia bekerja tu besar gilak, tapi perasaan takut tu masih jugak ada... malang tidak berbau kan... apa2 pun boleh jadi dengan izinNya... 

Harap2 semuanya selamat dan berada dalam keadaan baik2 sja...

Daa!!!...

p/s: untuk baca mengenai amaran tu boleh klik sini...

Malam Jumaat Keliwon: Reflection...

Assalamualaikum...

Malam Jumaat selalu dikaitkan dengan kisah seram kan?... percaya atau tidak itu terpulang dengan diri masing2... tapi jangan jugak takbur la kan?... selalunya orang yang takbur tu, dia yang kena... hehehehe...

Beberapa hari lalu, time sya tengah layan youtube, entah macam mana sya terklik satu tajuk tu... bila tengok video tu, meremang semacam terus...


Matai!!!... sya tidak suka tengok video2 macam ni di tengah2 malam... tapi sudah terklik tu tengok sja la... lepas tengok video ni sya terus shut down computer dan tido... bertrip seram sudah, sebab belakang monitor pc sya ialah tingkap... lain2 sudah fikiran tu... hehehe...

Pada pendapat kalian, video ni fake atau betul2 kejadian?... sya masih ingat lagi pesan org2 tua... 'jangan suka mengadap cermin malam2, nanti kenampakan'...

Daaa!!!...

p/s: true or fake... it's still freaking me out!!!...

Payasam...

Assalamualaikum...

Macam yang sya janji di entry semalam, sya akan buat entry khas untuk manisan ni... Sago Payasam... 1st time sya cuba manisan India ni... ada macam2 rasanya... manis, lemak2 sikit, ada rasa2 berempah sikit... kemudian ada rasa saffron sikit... tapi yang best dia ada campuran kacang... ada kacang gajus, pistachio & almond... yang paling penting ianya sedap... sesuai denga anak tekak sya... 


Ni la sago payasam yang di bawa oleh my friend kemarin... tapi picas yang sya snap ni tidak berapa cantik... tidak nampak isi di dalam bubur ni... mari kita tengok picasnya yang menyelerakan sikit... picas ni sya ambil dari Mr. Google ya...

http://mydhaba.blogspot.com
Naaa... nampak menyelerakan kan?... itu baru tengok gambar nya jak... belum rasa lagi tau... sebab kesedapannya tu, sya sampai google2 resepinya... kunun mau mencuba buat la tu... hehehe... untuk resepinya boleh la visit blog ini ya...

Selepas merasa bubur ni, teringin plak mo merasa manisan India yang lain... Indian kan terkenal dengan manisannya yang sedap... belum pernah lagi sya try manisan yang lain selain bubur payasam ni... bila tengok di hindi movie manisan2 tu, telan2 air liur jak sya... hahaha...

Ravaa Ladoo... sumber image dari Mr. Google...
Gulab Jamun... sumber image dari Mr. Google...
Rasgulla... sumber image dari Mr. Google...
Hehehehe... bikin terseliur kan?... satu hari sya mesti rasa ni semua...

Daaa!!!...

p/s: I'm a food lover... ♥♥♥

Happy Deepavali (2011)...

Assalamualaikum...

Hari ni 26/10/2011 ialah Hari Deepavali bagi penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia... bagi Malaysia ada setengah negeri tu diberi cuti, tapi bagi kami di Labuan ni, Deepavali atau Diwali/Divali bukan hari cuti umum... tetap bekerja seperti biasa...

Ada seorang ofis mate sya yang berbangsa India d ofis... oleh kerana hari ni kami tidak bercuti so kami buat la mini Deepavali open house di our little ofis itu... tidak banyak menu yang kami hidangkan tapi cukup mengenyangkan... hehehe... sangat best bila ada acara makan2 gini tau... 

Pelbagai roti... 
Kuah kari...
Kuah Dal...
Buah Honeydew...
Bubur Payasam...
Ada pelbagai jenis roti yang di order... roti planta (my fav), roti sardin, roti pisang, roti telur, roti kosong & roti bawang... puas kami makan roti owh... sebab tu la sya kata tadi, hidangan kami sedikit tapi kenyang gilak... Alhamdullillah... hehehe...

Ada 1 hidangan tu yang sya suka... bubur Payasam... bubur ni memang kawan sya yang India tu bawa khas dari rumah... ia adalah hidangan 'dessert' bagi dorang... bagi sya sangat2 la sedap (makan sampai 3 mangkuk tuuu)... but some of my friend tidak berapa gemar sebab ada banyak rasa rempah konon... tu yang buat sya tambah berselera tu, sbb tidak payah berebut untuk makan bubur ni... hehehe... sampai sya tapau balik lagi tau (sya baru juga lepas makan ni bubur)... nnt sya buat entry khas pasal bubur ni ya...

Ringkas mengenai Deepavali... perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan 'Dipa' yang bererti cahaya dan perkataan 'gavali' yang beerti barisan... Ia juga dikenali sebagai perayaan Cahaya...

Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan... sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia...

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali...

Ada pelbagai versi cerita mengenai Deepavali ni... boleh baca di sini ya...


Daaa!!!...

p/s: lepas ni mau rasa manisan 'Laddu' plak... hehehe...

My Popular Posts

My Shopping List

Followers

My Blogger Award Collection