CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Us... Together... ♥♥♥♥

Wednesday, February 23, 2011

Misteri Tangisan Bayi...

Assalamualaikum...

Danish fever dan Danial pula mula menunjukkan tanda-tanda selsema.... huhuhu... sya pun kurang tido semalam... paling sya kena jaga ialah danish sebab takut demamnya tu menjadi-jadi sehingga kena asthma lagi... 

Time anak-anak tido, sya sempat belek-belek majalah 'pa & ma' yang memang banyak dalam simpanan... mau cek-cek mangenai fever ni... tapi tidak jumpa pula artikel tu... mungkin di majalah 'mamibaby' (yang memang banyak juga dalam simpanan)... malas mo menyelongkar lagi rak majalah tu, sya teruskan juga la baca 'pa & ma' ni... ada 1 artikel yang menarik perhatian sya... kita baca sama-sama ya...

- Misteri Tangisan Bayi -

Sesetengah bayi atau anak kecil akan menangis apabila berubah tempat tidur. Misalnya dari tempat gelap yang biasa dia tidur berpindah ke tempat terang atau sebaliknya. Bahkan jika tidur di tampat lain sama ada pergi bercuti atau pulang kampung, mereka juga mungkin menangis kerana suasana tempat tidur yang berubah.

Namun kadangkala ada bayi yang menangis tanpa henti walaupun di pujuk dengan pelbagai cara. Ada orang mengaitkan keadaan tersebut sebagai sawan tangis yang diakibatkan gangguan makhluk-makhluk halus.

Sawan tangis disebabkan oleh dua punca utma, iaitu bersifat fizikal seperti kerana lapar, dahaga dan sejuk, rasa hilang keselamatan diri seperti kehilangan orang yang selalu berada di sampingnya, biarpun buat sementara.

Punca kedua ialah akibat gangguan makhluk-makhluk halus. Allah SWT menjadikan manusia daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar anak yang baru dilahirkan diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kirinya. Dalam masa tertentu anak yang sawan tangis kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa dangan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.

Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan yang tidak dapat dilihat itu boleh mengganggu bayi menyebabkan dia tidak berhenti-henti menangis bahkan ada yang hampir tidak kedengaran suara tangisannya menyebabkan ibu dan ayah menggelabah.

Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh di lakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan  membacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, Surah an-Nas dan surah al-Falaq. Kemuadian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.

(sumber artikel dari majalah pa & ma edisi Julai 2010)  

p/s: Alhamdullillah... panas badan danish sudah berkurangan selepas sya tampal 'bye-bye fever' di dahi nya... selesema danial pula sudah kering lepas sya sapu kunyit di batang hidungnya (petua orang tua-tua)...

0 Growing Lavender:

My Popular Posts

My Shopping List

Followers

My Blogger Award Collection