CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Us... Together... ♥♥♥♥

Wednesday, December 7, 2011

Lelaki Dulu & Sekarang...

Assalamualaikum...

Sya tertarik dengan satu artikel di fb wall my friend tadi pagi... sya sharekan artikel tu di entry ni ya...

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah,Saiful...lah
Tokoh ramai tak terkira

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kamu sedikit sekali
Ramainya, boneka yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang dihati
Lelaki kami menjaga dan melindungi

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mau cabut lari
Lelaki khianat, perogol bersiri

Dulu
Bila seorang wanita teranaya
Sepasukan kuda putih membela
Al Mu’tasim kebanggaan wanita

Kini
Ribuan wanita suci dipenjara
Fatimah diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tidak bertenaga

Dulu
Bila wanita dibawah jagaanya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapa berani menggoda

Kini
Bila wanita dibawah jagaanya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanita dibiar bebas binasa

Dulu
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama

Kini
Lelaki menggadai ketinggian agamanya
Demi nafsu, dunia seisinya

Dulu
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad tekun berdakwah

Kini
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan,tenaga tak dikerah

Dulu
Lelaki berjuang menegakkan Deen dan ummah
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh

Kini
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
hingga sanggup membunuh

Dulu
lelaki bersatu menghadapi musuh
angkatannya kuat dan teguh

Kini
lelakinya berpuak dan berpecah
sesama sendiri sering bertelingkah

KEMBALILAH LELAKIKU
PADA KELELAKIANMU
KAMI RINDU LELAKI DULU
ACUAN MADRASAH YA RASULULLAH…

(Syabab Musafir Kasih)


Kepada 2 lelaki kesayangan mommy ni... jadi la lelaki yang soleh, sentiasa lindungi wanita (terutama mommy ya nak... hehehe) dan yang penting jadi la lelaki yang berani kerana benar dan jauhi sikap pengecut (jangan kasi malu mommy ah, anak mommy mesti gentlement)... Insyaallah... :)

Daaa!!!...

p/s: tiba2 pandai sayu plak... hehehe...

0 Growing Lavender:

My Popular Posts

My Shopping List

Followers

My Blogger Award Collection