Assalamualaikum...
26th July 2012, jam 2.30 pagi, Pulau Labuan telah dikejutkan dengan gegaran yang kuat seperti gempa bumi... ditambah plak dengan hujan lebat dan petir sabung menyabung... sya rasa semua warga Labuan terkejut dan panik seketika... ada yang sampai ke pagi tidak mau tido semula sebab takut kemungkinan gempa bumi benar2 berlaku...
Selepas jak sahur, sya on fb.. masa tu la nampak ramai yang share kapal terbakar... baca punya baca rupa2nya kapal kepunyaan MISC, MT Bunga Alpinia terbakar di Jeti Petronas Methanol Labuan.
Mulanya kami dikhabarkan utk bersiap sedia memandangkan kebakaran ni berlaku dekat dengan tangki minyak di Petronas Methanol, takut2 nanti kebakaran tu merebak. Alhamdullillah, syukur Labuan masih selamat dari letupan.
Kalau tidak silap sya, kebakaran ni mengambil masa 18 jam untuk untuk dipadamkan... setakat ni 4 mayat sudah ditemui dan masih lagi mencari seorang cadet yang hilang... bila sya call hubby sya yang berada di Bintulu, dia pun tekejut dengan berita tu... bila dia tanya ofis baru la dia tau punca kebakaran... kapal tu dipanah petir... hubby sya kata lagi sepatutnya di dalam cuaca buruk begitu semua operasi mesti dihentikan... huhuh... mungkin itu memang sudah takdirnya kan...
Al-Fatihah & takziah kepada keluarga mangsa... semoga roh mereka ditempatkan bersama orang yang beriman... dan kepada keluarga yang terlibat, semoga tabah menghadapi ujian ini...
Daaa!!!...
p/s: bila kejadian macam ni berlaku, sya lebih menghargai usaha gigih hubby yang berkerja mencari rezeki di lautan luas... semoga sentiasa dilindungi... amin... :)
p/s/s: sumber image dari FB Info Labuan... thanks... :)
p/s/s: sumber image dari FB Info Labuan... thanks... :)
0 Growing Lavender:
Post a Comment