CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Us... Together... ♥♥♥♥

Friday, July 13, 2012

Salam Jumaat... Masjidil Aqsa...

Assalamualaikum...


Melihat pada gambar di bawah, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid berkubah emas itu adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan dengan teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar di belakang. Percayalah, masjid berkubah hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya. 

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock (Qubbat As-Sakhrah) sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.

Renung-renungkan la ya... :)

Daaa!!!...

p/s: credit to Syaza Veron(Dunia Macam Macam FB)

0 Growing Lavender:

My Popular Posts

My Shopping List

Followers

My Blogger Award Collection