Assalamualaikum...
Sudah seminggu tidak update blog... banyak urusan yang perlu diselesaikan... mana lagi mau uruskan blogshop sya yg baru 'open for business' sebelum raya hari tu... alhamdullilah, setakat ini 'business' online sya tu berjalan dengan lancar... next week kena order lagi stock baru...
Honey sdh balik sambung belajar di KL, insyaallah, bulan february ni tamatlah pembelajaran dia tu... sekarang ni sya menjalankan rutin harian seperti biasa... Danish baru baik dari demam panas... 3 hari dia demam teruk... sya pun teruk juga la, tidak tido sampai 2 malam melayan demam danish...
Owh ya... berbalik kepada tajuk... baru-baru ni seorang kawan sya di timpa masalah yang sangat besar... kesian pula sya dengan dia... nyaris2 kehilangan semua orang yang dia sayang...
Selama ni kalau dilihat perkahwinan dia dengan suaminya bahagian sangat... tiba-tiba lepas raya hari tu, dia telefon sya menangis-nangis... dia menangis sebab dia terjumpa watikah pertunangan suaminya dengan perempuan lain... pertunangan tu sudah berlangsung selama sebulan... dan kawan sya ni tidak pernah tau mengenai perkara ni... dia punya la terkejut, sampai hampir mau pengsan...
Bila ditanya dengan suaminya, suaminya mengelak untuk menjawab... suami tu cuma cakap pertunangan tu sudah tiada dan minta kawan sya menganggap benda tu sudah selesai... di atas nasihat sya (yg mmg jahat mulut ni... hehehe)... kawan sya tu call pula tunang suaminya tu... dari situ semua rahsia terbongkar... dan dari situ juga, kawan sya mulai terasa yang suaminya tu lebih syangkan perempuan yang 1 tu dari dia... bayangkan... kalau dia buat salah dengan suaminya, dia akan ditengking, diteriak walaupun depan orang ramai... tapi bila dengan tunangnya tu, sekali pun lelaki tu tidak pernah teriak apa lagi tengking... kesian juga nasib si isteri ni kan?...
Kawan sya sangat-sangat 'down' masa tu... dia minta suaminya tu untuk lepaskan dia secara baik... itu pun dia buat sebab memikirkan kebahagiaan suaminya... dia tau suaminya akan lebih bahagia bila dengan pompuan tu...
Mau dijadikan cerita (ini la bab yang sangat kesian)... suaminya tu bagi syarat kepada dia... kalau dia minta dilepaskan, suaminya tu boleh lepaskan dia tapi suaminya akan ambil semua anak mereka (2 orang)... kawan sya tu merayu supaya lepaskan dia sja tapi anak-anak jangan dirampas... tapi si suami ni tetap berkeras mau ambil juga...
Kesian juga kawan sya tu... sudah la suaminya tu bakal dirampas oleh pompuan tu, sekarang anak-anaknya pun mereka mo rampas juga... jadi apa lagi yang tinggal untuk dia?... semuanya hilang dalam sekelip mata sahaja... ketiga-tiga orang yang dia sayang semua hilang... menangis juga sya bila dengar semua ni... kejam betul lelaki tu...
Suaminya tu memang sayang btul dengan isterinya sampai sanggup buat syarat begitu supaya isterinya tidak terlepas dari dia... itu la kalau sudah jadi lelaki yang tamak, semua pun dia mau... baik sudah tu isterinya mengalah... tapi masih juga mau mengikat isteri tu... masih juga mahu seksa batin isteri...
Tanpa rela kawan sya tu terpaksa juga bertahan dengan suaminya demi anak-anak... dia sanggup bersetuju untuk dimadukan, yang penting anak-anaknya sentiasa ada di sisinya...
Tiba-tiba si suami pula tanpa rela memutuskan pertunangan dengan tunangnya tu... konon sebab dia tidak sanggup lihat anak-anak dan isteri nya terseksa dengan tindakan dia... tapi disebalik keputusan suaminya tu, dia menyalahkan isterinya... konon kerana isterinya tu la dia terpaksa putus dengan tunang dia...
Mau kata kawan sya tu gembira... tidak juga... lebih banyak sedih dari gembira... apa tidaknya, mungkin ini helah suaminya buat masa ni untuk menenangkan keadaan... bila keadaan sudah kembali tenang, tidak mustahil dia akan merayu balik dengan pompuan tu...
Sekarang ni pun, suaminya tidak banyak bercakap dengan isterinya tu... cara dia memandang isteri nya seperti isterinya ni buat kesalahan yang paling besar terhadapnya... mau sja rasanya dia bawa lari anak-anaknya tu jauh dari suaminya dan mulakan hidup baru... tapi dia belum ada kekuatan tu...
Kesian sangat... anak-anak yang jadi senjata suaminya untuk mengugut isterinya ni... bila la lelaki ni mau sedar ya... dia putus tunang dengan pompuan tu pun tidak menjanjikan bahagia kepada rumahtangganya sebab si suami ni masih lagi 'anggau' dengan bekas tunangnya tu... yang bekas tunang ni layan juga...
Tidak tau la sampai bila kawan sya ni boleh bertahan dengan suaminya ni... dia sudah tidak mampu berbuat apa-apa sebab takut kehilangan anak-anak... sya faham tu... tiada seorang ibu pun yang sanggup kehilangan anak yang selama ni membesar depan mata mereka, yang mereka kandung 9 bulan 9 hari... cuma lelaki ni tidak faham perasaan seorang ibu... senang-senang saja mengunakan kelemahan isteri untuk kepentingan diri sendiri...
Sya cuma doakan semoga kawan sya tu tabah menghadapi semua ni... sya tau dia kuat... semoga dia dapat kabahagian yang sepatutnya dia dapat... semoga dia dapat lari dari suaminya yang kejam tu... sya tau dia memang tidak mampu berbuat apa-apa, biar tuhan sja yang membalas perbuatan suami dan tunang suaminya tu... amin...
Daaa!!!
p/s: Nnt sya akan update lagi kisah kawan sya ni ye... bukan untuk busybody tapi untuk dijadikan pengajaran kepada suami-suami di luar sana... 'Hargailah pengorbanan seorang isteri wahai kaum Adam'...
BELLE Tudung Instant Shawl Double Loop
-
BELLE is a double loop instant shawl
1. Sarung DUA kali sahaja dah siap flare dan batu kristal.
2. Flare design beri effect muka lebih tirus.
3. Bahagia...
5 years ago
0 Growing Lavender:
Post a Comment