Assalamualaikum...
Tengah belek2 tajuk berita utk online treasure hunt semalam, terjumpa 1 berita yang menyayat hati sya... ada seorang ibu di china telah melahirkan anak istimewa iaitu kembar siam berkepala dua tapi berkongsi 1 badan... kesian tau... sudah la begitu, parents baby ni pada mulanya tidak mau dengan baby2 ni atas alasan takut tidak mampu menanggung baby2 yang baru dilahirkan ni (keja dorang cuma petani sja)...
Mari kita baca isi berita tu ya...
Beijing - Sebuah hospital di baratdaya China berkata bayi perempuan kembar siam dengan satu badan dan dua kepala telah dilahirkan di situ.
Seorang staf yang bernama keluarga Wang di Hospital Sentral Suining City di Daerah Sichuan berkata bayi perempuan telah dilahirkan pada Khamis.
Wang berkata pada Selasa, ibubapa kembar siam itu, yang bekerja sebagai petani, pada mulanya tidak mahu untuk mempunyai bayi2 berkenaan kerana takut tidak mampu untuk menanggung mereka supaya terus hidup.
Dia menambah, mereka memindahkan bayi kembar itu ke sebuah hospital berdekatan metropolis Chingqing untuk diperiksa oleh pakar2.
Menurut sebuah suratkhabar tempatan Huaxi Metropolis Daily, bayi kembar itu dilahirkan seberat 9 pound (4 kg) dan berukuran 20 inci (51 cm).
Mereka mempunyai 2 tulang belakang, 2 kerongkong dan berkongsi organ2 lain.
Doktor2 telah dipetik berkata, ia adalah hampir mustahil untuk memisahkan mereka.
Sya ada tengok video baby2 ni di youtube, tapi sya tidak kasi masuk dalam entry ni, sebab takut nanti ada yg beruri kalau tengok xspecially untuk ibu2 mengandung... tapi kepada sepa2 yang mau tengok, boleh klik di sini ya...
Allah Maha Besar... Hanya 'Dia' sja yang tahu rahsia di sebalik ciptaan-Nya...
Daaa!!!...
p/s: waa!!... blogger sekarang ni mau upload gambar pun kena sign in id google dulu oowwhhh!!!... bah, sepa2 yang belum ada account google tu cepat2 la buat... :D
0 Growing Lavender:
Post a Comment