CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Us... Together... ♥♥♥♥

Sunday, September 11, 2011

Apa Ka Dosa Bapak Nak??...

Assalamualaikum...

Beberapa hari lalu, selepas habis sudah semua keja di pejabat masih ada 30 minit lagi masa untuk balik... sya & seorang ofis mate sya luangkan masa dengan baca online news... kami mulakan dengan membuka website Sabah Times... ada tajuk besar yang menarik perhatian kami... "ANAK BUANG BAPA"...

Sekarang ni sudah semacam menjadi trend bila anak2 gadis melahirkan anak sendiri dan membuang baby tu mentah2... tapi untuk berita ni, lain plak ceritanya... ni kisah anak yang membuang bapa... bapa kandung lagi tu... dan kisah ni terjadi di tempat sya sendiri... yes, di Labuan... hehehe...

Kisahnya bermula apabila seorang bapa (71 tahun) ni datang ke Labuan untuk beraya dengan anak2nya (7 orang)... mengikut artikel dalam news tu, si bapa ni baru keluar dari Hospital Kuala Penyu setelah ditahan kerana penyakit lelah... oleh kerana di sana dia tidak ada sepa2, jadi dia ambil keputusan untuk ke Labuan menemui anak2nya sekaligus untuk beraya bersama...

Tapi sesampainya dia d Labuan, baru beberapa jam dia di rumah anaknya, si bapa diarahkan mengikuti salah sebuah kereta yang kemudiannya pemandu kereta berkenaan menurunkan mangsa di perkarangan Masjid An Nur Labuan...

'Tunggu sja disini...nanti ada org akan ambil kamu'.. itu kata pemandu tu... tapi sehingga berita ini keluar teda seorang anaknya pun yang datang mengambil dia... nasib baik ada orang yang prihatin menghantar beliau ke balai polis seterusnya dirujuk ke Jabatan Kebajikan... yang tidak baiknya, sudah la anak2 nya ni buang dia , duit saku hasil sumbangan orang ramai semasa dia ditahan di hospital pun dikebas olah anak2nya... tinggal la dia sehelai sepinggang... klik sini untuk artikel penuhnnya ya... boleh juga klik sini, untuk artikel dari myMetro...

Kesian tengok muka / keadaan si bapa ni kan?... sumber image dari myMetro...
Susulan dari artikel2 tersebut, salah seorang anak si bapa malang ni tampil membuat kenyataan di harian metro... mengikut beliau si bapa pernah melakukan kesalahan yang sangat2 tidak boleh diterima oleh mereka sekeluarga... tu la sebabnya mereka agar sukar untuk memaafkan bapa mereka ini... artikel tu boleh dibaca di sini...

Well, semua org tidak lari dari melakukan kesalahan... tidak kira la samaada kesalahan tu besar atau kecil... nobody perfect... kalau kita mau berdendam sekali pun jangan la dendam dengan ibu atau bapa kita... sehitam mana pun kesalahan itu, mereka tetap ibu bapa kita... tanpa mereka tidak akan ada kita di dunia ni... 

Daaa!!!...

p/s: pengajaran jugak buat sya sebagai mommy... jangan buat sesuatu yang boleh melukakan hati anak2... tidak semestinya kita sentiasa betul... kan?... kan?... kan?

0 Growing Lavender:

My Popular Posts

My Shopping List

Followers

My Blogger Award Collection