Assalamualaikum...
Petang tadi ada beberapa kawan sya post di fb mengenai kemalangan di dekat Jalan Petagas, Kota Kinabalu... ingatkan kemalagan yang besa2 jak... jadi sya tidak la sibuk mau ambil tau...
Bila tengok berita di TV3 sebentar tadi, baru tau kemalagan yang di maksudkan tu ialah antara kemalangan yang terbesar di Kota Kinabalu untuk tahun ni... perlanggaran antara keretapi dan lori tangki minyak shell... dashyat tu... nasib teda nyawa yang terkorban, cuma cedera saja...
Kemalangan di katakan berlaku apabila sebuah keretapi dari Stesen Tanjung Aru ke Papar merempuh sebuah lori tangki minyak... kejadian tu berlaku kira2 jam 5.30 petang tadi... time orang tengah dalam perjalanan balik dari keja tu... gerenti jem gilak la jalan time tu... kalau time teda kemalangan pun jem, apa lagi bila ada kemalangan kan?...
Asap tebal menyelimuti ruang udara KK dan boleh dilihat dari jarak sehingga 5 kilometer... oleh kerana rempuhan yang kuat tu, keretapi dan lori tangki minyak tu melekat dan masih berada di landasan...
Sayangnya dengan keretapi tu... boleh dikira keretapi ni antik la... baru plak beroperasi selepas buat makeover... sangat2 sayang la... huhuhuh... tapi Alhamdullilah... semua yang terlibat tidak mengalami kecederaan yang kritikal...
Daaa!!!...
p/s: cuba perhatikan gambar tu... macam ada plak pocong berdiri-diri sebelah tiang tu kan?... hehehe...
0 Growing Lavender:
Post a Comment