CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Us... Together... ♥♥♥♥

Saturday, April 9, 2011

Kancil vs Kancil...

Assalamualaikum...

Tajuk di atas teda kena mengena dengan lumba keta haram ok... ni adalah accident yang sya nampak depan mata sya sendiri kemarin petang... kancil berlanggar dengan kancil... dan berlaku di depan gerai cucur pisang goreng... masa tu sya tengah menuggu giliran cucur sya masak... 

Hehehe... ni bukan gurau nih, ini betul-betul kejadian... tidak jauh dari gerai tu, adalah simpang 4... no traffic light ok... ikut naluri masing-masing je kalau mau masuk mana-mana simpang... kalau sya tu, ikut mood... kalau mood sya baik, semua keta sya bagi can lalu dulu... tapi kalau mood mau cepat, jalan itu sya yang punya...

Ok balik dengan cerita accident tadi... ada dua buah kancil yang terlibat... Kancil A (datang dari arah bandar) dan Kancil B (datang dari arah kampung - jalan lurus)... sepatutnya kancil A tadi bagi laluan dulu kepada kancil B... tapi si A ni main menyeberang jak... nasib kancil B ni tidak laju, sempat juga dia brek... kancil A yang cuba untuk mengelak, tersasar ke tepi... akibatnya keta kancil A tu terbalik, bukan sekali tapi 2 kali tau... 1st time sya tengok keta terbalik secara real...

Driver kancil B tu ialah anak buah kepada makcik pisang goreng tadi... bila nampak kejadian tu berlari la makcik tu ke sana... tu sebab la sya terpaksa tunggu giliran tu, makcik tu tinggalkan pisang goreng tu sampai hangus... terpaksa la panggil lagi makcik tu, kalau tidak lain pula lagi kejadiannya di gerai tu... bila dia balik ke gerainya, terpaksa goreng baru lagi... masa di tempat kejadian sempat juga makcik tu selamatkan isteri driver kancil A tu... masa tu beliau tengah cuba untuk merangkak keluar dari keta...

Isteri driver A tu tidak apa-apa (itu la untungnya pakai tali pinggang keledar k), cuma dia mengadu kapala nya sakit sebab terhantuk... suaminya luka di dahi (besar juga lukanya tu) dan tidak sedarkan diri... dari cerita isterinya tu, suaminya khayal masa bawa kereta... bila isterinya tegur suruh dia berhenti di simpang,dia diam sja... dia mula sedar bila hampir-hampir berlanggar denga kancil B... kancil B tu pula tidak ada apa-apa., cuma terkejut sahaja (sebab pemandunya perempuan, mudah terkejut seperti sya)...

Accident tu adalah accident yang keempat pada minggu ni... di simpang tu jugak... sehari sebelum tu accident motor dan lori... pembawa motor tu khabarnya di terbangkan ke hospital KK... mudah-mudahan dia selamat la ya...

Daaa!!!...

p/s: ingat lagi beberapa tahun yang lalu, kawan my honey pun kemalangan motor di tempat yang sama... beliau sempat di terbangkan ke KK... tapi Allah lebih sayangkan dia... arwah telah meninggal akibat kecederaan teruk di kepala... Al-Fatihah buat arwah 'kopi'... :(

0 Growing Lavender:

My Popular Posts

My Shopping List

Followers

My Blogger Award Collection